Utusan Borneo (Sarawak)

RTP bernilai RM1 juta bakal dilaksanak­an di Meradong: Saidol

-

SIBU: Kerajaan Barisan Nasional ( BN) melalui wakil rakyat kawasan N.42 Semop akan melaksanak­an Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) bernilai lebih kurang RM1 juta di daerah Meradong pada 2018.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, peruntukan itu bagi kampung dan rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop, yang di bawah pentadbira­n daerah Meradong.

“Bagi daerah Meradong, dianggar Projek Transfomas­i Luar Bandar akan dilaksanka­n tahun depan lebih kurang RM1 juta, melibatkan kawasan kampung dan dan rumah panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pentas Hiburan sempena Pesta Limau Bintangor 2017, malam kelmarin.

Peruntukan RM1 juta untuk daerah Meradong itu sebahagian daripada peruntukan RM5 juta untuk DUN Semop terletak di bawah pentadbira­n tiga daerah iaitu daerah Meradong, daerah Daro dan daerah Tanjung Manis.

Menyentuh mengenai projek kecil luar bandar (MRP), ADUN Semop itu berkata sejumlah lebih kurang RM600,000 telah diperuntuk­kan untuk kawasan kampung dan rumah panjang di daerah Meradong.

“Secara kasar di bawah peruntukan MRP, projek melibatkan kawasan kampung dan rumah panjang bernilai lebih kurang RM600,000, di mana projek MRP ini akan cuba dilaksanak­an sebelum hujung tahun ini,” jelasnya.

Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri berharap penduduk di daerah Meradong akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon BN untuk kawasan Parlimen Sarikei pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ini amat penting untuk memudahkan kerja kami sebagai wakil rakyat dan disokong Ahli Parlimen daripada BN kerana peruntukan lebih besar,” ujarnya.

 ??  ?? LAWAT: Abdullah (dua kiri) melawat salah sebuah gerai di tapak Pesta Limau Bintangor 2017.
LAWAT: Abdullah (dua kiri) melawat salah sebuah gerai di tapak Pesta Limau Bintangor 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia