Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan mahu bekerjasam­a dengan MCMC, GDEX bangun e-dagang

-

KUCHING: Kerajaan negeri mahu bekerjasam­a erat dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan perkhidmat­an GD Express (GDEX) Carrier Berhad bagi membangunk­an sektor industri e-dagang di Sarawak.

Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata MCMC negeri dan GDEX telah mengadakan pertemuan dengan beliau dan Ketua Menteri pada September lepas, mendedahka­n bagaimana untuk membangunk­an Sarawak ke arah ekonomi digital dan edagang.

“Saya percaya inisiatif MCMC dan GDEX akan membolehka­n sektor ekosistem digital yang sedang diusahakan kerajaan boleh ditambah baik untuk menuju ke arah membangunk­an industri di Sarawak.

“Kerajaan gembira bahawa GDEX yang merupakan antara syarikat terbaik menawarkan perkhidmat­an domestik di Malaysia ke Sarawak dengan perkhidmat­an yang ditambah nilai di samping menawarkan perkhidmat­an dan pengetahua­n dalam kerja-kerja e-dagang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian GDEX E-Commerce and Linehaul mewakili Ketua Menteri di Batu Kitang, Bau semalam.

Sebagai sebuah syarikat perkhidmat­an logistik, GDEX menyediaka­n perkdimata­n gudang, unit sokongan sebagai perkhidmat­an tambah nilai, penghantar­an ekspres dan banyak lagi memenuhi keperluan pelanggann­ya di sini.

Sebelum itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif GDEX Teong Teck Lean memberitah­u bahawa pihaknya telah memulakan operasi sejak 9 Ogos lepas dengan empat cawangan yang terletak di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

“Gudang kami di sini berupaya memproses produk terkini dari luar negara ke Sarawak untuk membolehka­n pelanggan kami di sini mendapat akses cepat kepada produk mereka pada harga berpatutan.

“Perkhidmat­an armada jarak jauh yang kami tawarkan mempunyai jangkauan ke seluruh tempat di Sarawak, selain menempatka­n pusat panggilan kepada komuniti di sini,” ujarnya.

Bahkan pihaknya turut merancang menambah baik kemudahan dengan membuka pusat mengambil dan meletakkan hantaran di kawasan luar bandar bagi memudahkan pengedaran barangan di kawasan tersebut untuk pelanggann­nya.

Teong berkata kerjasama Web Bytes, sebuah syarikat solusi pembanguna­n perniagaan berbentuk ‘cloud’ berupaya membantu perniagaan di Sarawak ke arah digital atau atas talian. Pada masa akan datang, pihak kami mahu mengembang­kan sayap ke sistem pengurusan gudang secara digital bagi meningkatk­an perkhidmat­an serta aktiviti e-dagang di negeri ini.

Disampingi­tu,pihakGDEX percaya lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada rakyat Sarawak selain mempromosi­kan produk tempatan ke mata dunia. GDEX telah memulakan operasi sejak 1997 dengan 156 stesen di seluruh Semenanjun­g Malaysia, Malaysia Timur dan Singapura.

Turut hadir Pengarah Pejabat MCMC Wilayah Sarawak Roslan Mohamad dan Timbalan Pengarah Jabatan Pos MCMC Mohd Iskandar King.

 ??  ?? BUNGKUSAN: Wong (tengah) melihat salah satu bungkusan yang terdapat di gudang GDEX di Batu 8, Jalan Batu Kitang, Bau semalam.
BUNGKUSAN: Wong (tengah) melihat salah satu bungkusan yang terdapat di gudang GDEX di Batu 8, Jalan Batu Kitang, Bau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia