Utusan Borneo (Sarawak)

Giggs berminat jadi pengurus Everton, Leicester

-

LONDON, E n g l a n d : Bekas pemain sayap Manchester United, Ryan Giggs, menyuaraka­n minat untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus di dua kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City dan Everton. Evertonmem­ecatRonald Koeman Isnin lepas setelah kelab tercicir ke dalam zon penyingkir­an apabila dimalukan 2-5 oleh Arsenal di tempat sendiri dalam aksi Liga Perdana Ahad lepas. Beliau menjadi pengurus ketiga dipecat musim ini selepas Crystal Palace memecat Frank de Boer dan Leicester memecat Craig Shakespear­e.

“Bagi saya, a, mereka adalah kelab yang menaarik perhatian n saya,” katata Giggs ketika ka memberitah­u penyiaran Sky Sports,, merujuk keepada Everrton ( tangga ga ke- 18) dan L e i c e s t e r (14).

“Saya fikir anda melihat dua pasukan ini, Leicester sebagai juara liga dua musim lepas dan Everton mempunyai sejarah yang hebat. “Bagaimanap­un, ada ramai jurulatih lain yang turut berminat dengan jawatan pengurus.” G i g g s memenangi 13 trofi Liga Perdana dan mencipta satu rekod 963 penampilan untuk United sebelum membimbing empat perlawanan terakhir United ekoran pemecatan David Moyes pada 2014. Beliau pernah bekerja sebagai penolongpe­n jurulatih United, di baw bawah bimbin ingan Louis v van Gaal tetapi turut meninggalk­an kelab selepas Van Gaal d i p e c a t d dan menolak tawaran untu untuk menjadi penolo penolong di bawah bimbingan Jose Mourinho. Giggs, 43, pernah mencadangk­an sebelum ini di mana terlalu ramai pengurus asing dalam Liga Perdana dan tidak memberikan banyak peluang kepada bakat tempatan.

Beliau berkata beliau juga terbuka untuk mengurus kelab dari liga bawahan.

“Saya ada berkata sebelum ini di mana saya terbuka dengan kelab yang berkongsi cita-cita dengan saya,” kata Giggs.

“Saya mahu meningkatk­an kelab dan pemain, untuk menikmati bekerja dengan mereka dan untuk pemain menikmati cabaran.

“Ada beberapa kelab dalam Liga Perdana yang mempunyai pilihan yang baik tetapi juga turut ada pasukan dalam Liga Kejuaraan dan Liga Satu. Ia lebih tentang prinsip bagi saya berbanding kedudukan kelab.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia