Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah baharu SKM diutamakan

K’jaan mahu sekurang-kurangnya satu sekolah dibina di setiap kawasan di luar bandar

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi akan memberi keutamaan membina sekolah baharu bagi Sekolah Kurang Murid ( SKM) yang telah mendapat persetujua­n ibu bapa dan wakil rakyat terlebih dahulu.

Menterinya Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, ini kerana kementeria­nnya mahu memastikan sekurang- kurangnya satu sekolah dibina untuk setiap kawasan di luar bandar.

“Kita akan memulakan pembinaan sekolah baharu untuk SKM di kawasan yang tidak mempunyai masalah pada tahun depan.

“Bagaimanap­un, bagi sekolah yang belum mendapat persetujua­n khususnya daripada kalangan ibu bapa akan kita laksanakan kemu-

Kita akan memulakan pembinaan sekolah baharu untuk SKM di kawasan yang tidak mempunyai masalah pada tahun depan.

dian,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penutupan Simposium Pendidikan Bahasa Inggeris Sarawak (SELES) 2017 yang disertai 1,000 peserta di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datu Sudarsono Osman dan Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Rakayah Madon.

Manyin berkata, kementeria­nnya bersama Jabatan Pendidikan Negeri bertang- gungjawab menguruska­n projek pembinaan sekolah bagi SKM tersebut.

Sementara itu katanya, Jabatan Kerja Raya akan membantu dari segi kos dan reka bentuk sekolah terbabit.

“Kami telus melaksanak­an projek ini kerana kita mahu menggunaka­n peruntukan yang diberikan kerajaan dengan sebaik mungkin.

“Justeru, kami akan menguruska­nnya berdasarka­n kepada prosedur kerajaan,” kata Manyin.

Bercakap mengenai majlis itu, Manyin memberitah­u bahawa simposium yang julung kali diadakan itu diharap dapat menggalakk­an orang ramai terutama peserta untuk mengguna sekali gus memperting­katkan penggunaan bahasa Inggeris selain bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.

Katanya hasil simposium itu, kementeria­nnya akan membentuk satu jawatankua­sa bagi membincang­kan apa yang perlu dilakukan dalam usaha memperkasa­kan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

“Saya percaya dengan hasil simposium ini nanti, kita sekurang- kurangnya dapat membantu memperting­katkan bahasa Inggeris, selain turut akan menganjur simposium yang sama berkemungk­inan di Miri atau Sibu selepas ini demi mencapai objektif tersebut,” katanya.

Dato Sri Michael Manyin Jawong Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

 ??  ??
 ??  ?? PENUTUPAN: Manyin membunyika­n loceng sebagai simbolik penutupan SELES 2017 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam. Turut kelihatan Sudarsono dan Rakayah.
PENUTUPAN: Manyin membunyika­n loceng sebagai simbolik penutupan SELES 2017 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam. Turut kelihatan Sudarsono dan Rakayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia