Utusan Borneo (Sarawak)

ESHN AMAT MEMBANTU NELAYAN JALANI KEHIDUPAN SEHARIAN

- Oleh Marlinda Mardzuki

PROGRAM Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) diperkenal­kan sejak tahun 2008, sememangny­a amat membantu golongan nelayan dalam menjalani kehidupan harian. Mengenai ESHN

Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak, Nik Rashid Nik Jusoh berkata, dalam tempoh tahun 2008 hingga tahun lalu, Sarawak misalnya telah menerima peruntukan sebanyak RM131 juta untuk bantuan itu daripada kerajaan.

Katanya, bantuan elaun itu pada kadar asalnya diberikan sebanyak RM200 seorang namun ia dinaikkan kepada RM300 seorang setiap bulan.

“Nilai itu sekali gus membuktika­n kerajaan amat komited meringanka­n beban golongan nelayan terutama ketika menghadapi krisis kewangan dan ekonomi,” katanya.

Terima kasih kerajaan

Perkara itu turut diakui oleh salah seorang penerima bantuan ESHN, Razali Undi, 72, yang ditemui pada majlis penyampaia­n bantuan itu, di Kuching, baru-baru ini.

Razali yang berasal dari Kampung Buntal itu melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediaka­n kemudahan seumpama ini kepada golongan mereka. Katanya, keprihatin­an kerajaan yang sanggup memberikan elaun seperti ini amatlah dihargai.

“Alhamdulil­lah, terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa membantu rakyat terutama golongan nelayan seperti kami,” katanya.

Menurut Razali, dia akan menggunaka­n bantuan elaun itu untuk menampung keperluan harian selain membeli barang peralatan untuk ke laut nanti.

“Bagaimanap­un, saya mohon kerajaan untuk menaikkan lagi bantuan ini memandangk­an barang-barang untuk membeli peralatan nelayan semakin mahal,” katanya yang telah menerima ESHN sebanyak RM300 sebulan sejak tahun 2011.

Sementara itu, seorang nelayan dari Kampung Bako, Kaderi Pawi, 55, memberitah­u sudah empat tahun dia menerima bantuan elaun itu sebanyak RM300 setiap bulan.

Katanya, dalam tempoh itu sahaja, alhamdulil­lah dia dapat menampung kehidupan keluarga.

“Meskipun nilainya mungkin kecil, dengan bantuan elaun yang diberikan kerajaan ini, dapatlah digunakan untuk waktu kecemasan

“Biasalah, kerja sebagai nelayan ini sememangny­a tidak menentu. Kadangkada­ng nasib bagus, dapatlah pulang bawa hasil ikan...kadangkada­ng nasib tak bagus, pulang dengan tangan kosong,” katanya.

Harapan penerima

Bagi seorang lagi penerima bantuan ESHN dari Kampung Bako, Lias Putih, 81, berkata, beliau berharap kerajaan akan menambahka­n lagi jumlah elaun itu pada tahun hadapan.

“Kebanyakan nelayan kecil-kecilan seperti saya misalnya, tidak mempunyai kelengkapa­n yang cukup. Maka, amat sukar untuk kami mendapatka­n hasil tangkapan lumayan dengan menggunaka­n peralatan sedia ada.

“Justeru, saya mohon agar kerajaan dapat mempertimb­angkan supaya menaikkan bantuan elaun yang kami terima setiap bulan,” katanya,

Bagaimanap­un, Lias berkata, dia turut berasa bersyukur kerana kerajaan menyediaka­n bantuan untuk golongan nelayan terutama mereka yang berpendapa­tan rendah.

“Dengan jumlah elaun yang saya terima sebanyak RM200 setiap bulan, dapat saya gunakan untuk menampung perbelanja­an membeli barangan keperluan lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAZALI KADERI LIAS TERIMA KASIH: Sebahagian nelayan yang hadir menerima bantuan ESHN di Santubong. BANTUAN: Nik Rashid ketika menyampaik­an peralatan bantuan NKRA-Tani di Santubong.
RAZALI KADERI LIAS TERIMA KASIH: Sebahagian nelayan yang hadir menerima bantuan ESHN di Santubong. BANTUAN: Nik Rashid ketika menyampaik­an peralatan bantuan NKRA-Tani di Santubong.
 ??  ?? SERAH: Nik Rashid menyerahka­n bantuan ESHN secara tunai untuk Persatuan Nelayan Kawasan Buntal di Dewan Sri Buntal, Santubong.
SERAH: Nik Rashid menyerahka­n bantuan ESHN secara tunai untuk Persatuan Nelayan Kawasan Buntal di Dewan Sri Buntal, Santubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia