Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK ENGGAN BERPUTIH MATA

Turun dengan misi meraih kemenangan pada perlawanan terakhir menentang T-Team Sabtu ini

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Sarawak enggan berputih mata untuk beraksi dalam Liga Super musim depan apabila bakal turun dengan misi meraih kemenangan mutlak pada perlawanan terakhir Liga Super 2017 menentang TTeam, Sabtu ini.

Apa yang pasti, gelanggang keramat Stadium Negeri Kuching menjadi pentas penentu nasib ‘hidup mati’ pasukan Bujang Senang musim ini.

P e n - g e n d a l i Sarawak, Pengiran Bala menaruh kepercayaa­n tinggi terhadap anaka n a k buahnya untuk mengekalka­n momentum kemenangan selepas kejayaan menundukka­n Kedah pada aksi sebelum ini. Menurut- nya, Sarawak tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengutip tiga mata penting pada perlawanan tersebut bagi mengekalka­n kedudukan dalam Liga Super 2018.

Meskipun keluar daripada zon penyingkir­an namun kedudukan Sarawak belum ‘ selamat’ kerana Kelantan juga masih berpeluang untuk layak ke liga utama negara itu sekiranya mengatasi Melaka United.

Pengiran Bala berkata, skuadnya bakal berdepan ujian getir menjelang perlawanan menentang T-Team di laman sendiri, Sabtu ini dan hanya kemenangan sahaja dapat mengukuhka­n kedudukan Sarawak dalam Liga Super.

“Kelantan juga memerlukan kemenangan dan sekiranya kalah kepada Melaka United, kita (Sarawak) terselamat.

“Apapun, kita juga mesti mendapatka­n kemenangan untuk mengutip tiga mata berharga dan kita tidak mahu bergantung kepada keputusan pasukan lain,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tidak dinafikan, T-Team tidak rela melepaskan peluang untuk kekal beraksi dalam Liga Super musim depan apabila berkunjung ke Kuching pada 28 Oktober ini (Sabtu).

Justeru, Pengiran Bala menyifatka­n perlawanan terakhir itu bakal berlangsun­g dengan sengit di mana keduadua pasukan memerlukan kemenangan mutlak.

Beliau turut mendedahka­n barisan pemain bebas daripada sebarang kecederaan dan bersedia untuk menurunkan skuad utama pada perlawanan itu nanti.

Pengiran Bala berharap sokongan padu peminatpem­inat setia pasukan skuad Ngap Sayot dapat membantu menyuntikk­an semangat perjuangan dan moral yang tinggi kepada pemain- pemainnya.

Sarawak kini menghuni tangga ke-10 dengan mengutip 20 mata hasil daripada lima kemenangan dan lima seri selepas mengharung­i 21 perlawanan.

Kelantan juga memerlukan kemenangan dan sekiranya kalah kepada Melaka United, kita (Sarawak) terselamat. Pengiran Bala Pengendali Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? Barisan pemain Sarawak gigih menjalani latihan di Stadium Negeri Kuching sebelum berdepan T-Team di Kuching Sabtu ini.
Barisan pemain Sarawak gigih menjalani latihan di Stadium Negeri Kuching sebelum berdepan T-Team di Kuching Sabtu ini.
 ??  ?? PENGIRAN BALA PERJUANGAN TERAKHIR:
PENGIRAN BALA PERJUANGAN TERAKHIR:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia