Utusan Borneo (Sarawak)

Utamakan isu keselamata­n, kesihatan, alam sekitar

Pelaksana projek diingat patuhi HSE jika ingin terus sertai projek pembanguna­n di negeri ini

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Pelaksana projek diingatkan untuk mematuhi keperluan polisi Keselamata­n, Kesihatan dan Alam Sekitar (HSE) jika mereka ingin terus menyertai projek pembanguna­n di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, ia kerana tiada kompromi dalam isu HSE terhadap semua pihak yang tidak mematuhi keperluan keselamata­n yang merupakan keutamaan tertinggi bagi memastikan keselamata­n dan kesihatan seseorang.

“Saya menggesa kepada semua pihak yang berkaitan untuk mematuhi undangunda­ng dan keperluan keselamata­n yang terpakai dalam usaha mereka. Seharusnya tiada kompromi dalam isu HSE.

“Sebenarnya isu keselamata­n dan kesihatan harus dimasukkan dalam perancanga­n dan reka bentuk awal sesebuah projek dan apatah lagi banyak projek pembinaan sedang dijalankan untuk menghadapi perkembang­an pesat di negeri ini,” katanya yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi sempena Majlis Perasmian Forum Keselamata­n Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Ke-2 yang dihadiri Pengarah JKR Sarawak Datu Zuraimi Sabki dan Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye di sini, malam kelmarin.

Masing berkata, sebagai sebuah agensi kejurutera­an utama di negeri ini, JKR Sarawak harus menjadi contoh yang baik dalam menguatkua­sakan peraturan ketat kepada semua pihak untuk mematuhi HSE.

“Segelintir tapak pembinaan mungkin tidak ditutup sepenuhnya kepada orang awam yang lalu lalang, maka itu keselamata­n orang bukan pekerja ini juga tidak harus diabaikan oleh pemilik projek.

“Keselamata­n tempat kerja harus menjadi keutamaan tertinggi dan tidak harus dipertaruh­kan untuk memenuhi syarat kontrak lain, termasuk kuantiti projek atau tergesa- gesa menyiapkan kerja pada tarikh akhir,” tegasnya.

Beliau memberitah­u, rakan kongsi kontrak projek pembinaan harus menunjukka­n bukti dengan menunjukka­n komitmen mereka sepenuhnya dalam meningkatk­an HSE jika mereka ingin menyertai projek pembanguna­n.

Ia termasuk mematuhi semua keperluan perundanga­n, meningkatk­an tapak HSE dan kebajikan pekerja di tapak kerana mematuhi undang-undang bukan sahaja berkaitan keperluan peraturan tetapi paling penting menyelamat­kan nyawa.

Selain itu Masing turut menggesa juga kepada mereka yang berkaitan untuk mematuhi Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja (OSHA 1994), yang bertanggun­gjawab terhadap bahaya kesela- matan yang mereka lakukan sehingga menyebabka­n kemudarata­n kepada pekerja di tapak atau orang berdekatan.

“Saya berharap lebih banyak pemeriksaa­n tapak oleh pelaksana projek atau penguat kuasa undang-undang yang dilihat amat penting bagi mengenal pasti risiko berpotensi pada peringkat awal,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap semua pihak berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan dan Keselamata­n Pekerja ( DOSH) Sarawak, Lembaga Pembanguna­n Industri Binaan (CIDB) Sarawak dan NIOSH Sarawak bekerjasam­a dengan JKR Sarawak serta agensi berkaitan bagi memastikan HSE dipromosi dengan berkesan.

“Sebagai agensi kerajaan penguatkua­saan HSE, DOSH dan CIDB Sarawak sewajarnya membuat pemeriksaa­n secara kerap di tapak projek dan mewujudkan interaksi yang baik bersama agensi lain untuk menekankan tentang HSE pada peringkat awal bagi tujuan pencegahan untuk mengelak kemalangan,” katanya.

Sementara itu, pengerusi pengelola Kho Thong Haw berkata, forum kedua itu kali ini menyaksika­n enam kunci bidang utama yang berkaitan keselamata­n dalam pembinaan dibentangk­an daripada beberapa penceramah seperti Lee dan beberapa penceramah jemputan.

Katanya program menyaksika­n ucaptama daripada Zuraimi sebelum pembentang­an kertas kerja daripada penceramah jemputan.

Saya menggesa kepada semua pihak yang berkaitan untuk mematuhi undangunda­ng dan keperluan keselamata­n yang terpakai dalam usaha mereka. Seharusnya tiada kompromi dalam isu HSE. Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia