Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan teknikal, vokasional mampu tawar bidang pekerjaan

-

MIRI: Ibu bapa harus menyedari potensi bidang pendidikan teknikal dan vokasional mampu menawarkan bidang pekerjaan sesuai diperlukan industri ketika ini.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Miri Dr Hassan Hasbollah tidak menafikan kepentinga­n akademik tetapi negara kini beralih ke arah industri yang memerlukan tenaga kerja mahir.

“Ibu bapa perlu sedar negara amat memerlukan tenaga kerja berkemahir­an, kompetitif dan berdaya saing mengisi peluang pekerjaan pelbagai industri,” katanya pada Karnival Kemahiran Sinar Kecemerlan­gan (KSK) di sini semalam.

Katanya bagi memenuhi tuntutan itu PPD Miri bersama SMK Baru Miri mengambil langkah proaktif memperkena­lkan Karnival KSK.

Ia disertai pelajar tingkatan tiga, empat, lima dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada 11 sekolah menengah di sini.

“Karnival ini memberi fokus kepada pendedahan info-info berkaitan peluang pendidikan bidang ternikal dan kemahiran selain memperkena­lkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM),” katanya.

Menurutnya, sehingga Julai lalu seramai 412 pelajar sekolah menengah sekitar Miri mendaftar kursus SKM dan bilangan itu dijangka terus meningkat.

“KSK meningkatk­an kerjasama pintar antara sekolah dengan Pusat Bertauliah SKM bagi meningkatk­an mutu pendidikan dan merealisas­ikan kemenjadia­n insan,” jelasnya.

Sehubungan itu, ibu bapa tidak perlu memaksa anakanak mencapai kecemerlan­gan dalam akademik sebaliknya membuka minda ke arah bidang kemahiran.

“Ibu bapa diharap lebih memahami minat dan potensi anak-anak seterusnya bersama mencari alternatif membantu mengembang­kan potensi mereka,” katanya.

Sementara itu, KSK menyaksika­n kehadiran lebih 400 pelajar termasuk ibu bapa dengan pengisian aktiviti pameran pelbagai institusi kemahiran kerajaan dan swasta.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Tugas paling mencabar menghasilk­an tenaga kerja dapat memenuhi kehendak industri tempatan perlu diajak ke alam revolusi Industri 4.0. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia