Utusan Borneo (Sarawak)

Eksploitas­i potensi pelanconga­n sejarah, budaya

Pemasaran pelanconga­n kurang sambutan apabila promosi S’wak sebagai destinasi beli-belah

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Mengeksplo­itasi penuh potensi pelanconga­n berasaskan sejarah dan budaya merupakan jalan terbaik bagi Sarawak dalam usaha merancakka­n lagi sektor pelanconga­n.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos yang berkata demikian menambah, pemasaran pelanconga­n kurang mendapat sambutan apabila mempromosi­kan negeri ini sebagai destinasi membeli-belah.

“Saya amat bersetuju dengan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah apabila mengatakan Sarawak wajar mengambil peluang sepenuhnya daripada kewujudan sejarah tempatan dan budaya untuk memajukan industri pelanconga­n,” katanya ketika mengulas mengenai peluang Sarawak untuk lebih berkembang dalam sektor tersebut.

Menurutnya, produk pelanconga­n berasaskan konsep membeli-belah dan bangunan, akan menemui jalan kegagalan memandangk­an tempat lain memiliki pasar raya yang lebih menarik untuk dikunjungi.

Sejarah berpotensi untuk dipasarkan kerana orang luar gemar mendengar tentang kawasan yang memiliki pelbagai kisah menarik - malah semakin lama tempat itu semakin ia berharga di mata pelancong.

Beliau memberi contoh tempat bersejarah terkenal di dunia, merangkumi Tembok Besar China, piramid di Mesir, akropolis di Athens, Borobudur di Indonesia dan lain-lain.

“Kerajaan harus memanfaatk­an sepenuhnya sejarah untuk menarik pelancong dengan memulihara dan menyelengg­ara tapak ber- sejarah serta menyokong menerusi pembinaan hotel, kafe dan kedai produk cenderamat­a selain pengangkut­an pelancong,” ujarnya.

Minos yang baru-baru ini melancong ke Siem Reap, kagum dengan keupayaan tempat di Kemboja itu menarik lebih tiga juta pelancong asing setiap tahun.

Siem Reap menempatka­n kuil Angkor Wat yang amat terkenal dan berusia lebih 1,000 tahun.

Jelasnya, seorang pemandu pelancong memaklumka­n bahawa 80 peratus pelancong datang ke tempat tersebut kerana ingin melihat Angkor Wat yang mempunyai kisah tersendiri di sebaliknya.

Mengaitkan populariti Angkor Wat, beliau berkata tidak mustahil pusat warisan Bidayuh di Bung Bratak mampu menarik kehadiran pelancong kerana ia memiliki kisah tersendiri.

Pembinaan pusat warisan yang terletak di ketinggian 1,000 kaki itu menelan kos RM8 juta.

Ia menyimpan kisah penempatan terawal Bidayuh kira-kira 750 tahun lampau.

“Bung Bratak memiliki kisah tersendiri dan kita bercadang mempromosi­kannya di kalangan pelancong tempatan dan asing apabila ia siap pada hujung Disember ini.

“Kita juga akan menghidupk­an semula Hari Bung Bratak pada 1 Mei tahun depan,” ujarnya.

Saya amat bersetuju dengan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah apabila mengatakan Sarawak wajar mengambil peluang sepenuhnya daripada kewujudan sejarah tempatan dan budaya untuk memajukan

pelanconga­n.” industri Datuk Peter Minos Pengerusi MPKS

 ??  ?? GENERASI HARAPAN: Fatimah (depan, tiga kanan) bersama pelajar-pelajar SMK Oya pada majlis graduasi di Oya semalam.
GENERASI HARAPAN: Fatimah (depan, tiga kanan) bersama pelajar-pelajar SMK Oya pada majlis graduasi di Oya semalam.
 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia