Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Makan Malam Ulang Tahun Pertama MPKS, 10 Nov

-

KOTA SAMARAHAN: Majlis Makan Malam Ulang Tahun Pertama Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) yang dijadualka­n diadakan pada 11 November depan ditukar kepada 10 November iaitu sehari lebih awal.

Pengerusin­ya Datuk Peter Minos berkata pertukaran hari tersebut adalah ekoran jadual tetamu kehormat Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang terpaksa menghadiri satu majlis rasmi pada 11 November.

Justeru, untuk memastikan Tun Taib yang dianggap sebagai ‘pencipta’ bandar Kota Samarahan dapat hadir ke majlis tersebut, pihak MPKS menukar tarikh majlis tersebut kepada 10 November yang akan diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan bermula jam 7 hingga 11 malam.

“Tujuan kami mengadakan majlis ini adalah bagi bersama-sama meraikan ulang tahun pertama MPKS sebagai majlis perbandara­n, selain memaklumka­n kepada orang ramai bahawa Tun Taib adalah pencipta bandar Kota Samarahan.

“Disebabkan itu, amatlah penting untuk memastikan Tun Taib dapat hadir pada majlis ini dan kita membuat keputusan untuk menukar tarikh majlis makan malam tersebut kepada 10 November kerana dimaklumka­n Tun Taib mempunyai acara rasmi yang perlu dihadiri pada 11 November nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di MPKS, di sini, semalam.

Tambahnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg serta Timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas juga dijangka hadir pada majlis makan malam tersebut bersama kira-kira 500 tetamu jemputan lain.

Mengulas lanjut mengenai Kota Samarahan, katanya ia antara bandar yang berkembang pesat di Sarawak dengan perkembang­an enam peratus setiap tahun dan kini populasiny­a melebihi 200,000 orang.

Beliau berkata dengan adanya hab perubatan yang bakal dibina nanti, Kota Samarahan akan berkembang dengan sepenuhnya di mana ramai yang pastinya datang disebabkan­n institusi pendidikan serta hab perubatan berkenaan.

Katanya kesibukan di kota ilmu itu semakin terasa dengan siapnya pembinaan Jambatan Batang Sadong dan Jambatan Batang Samarahan.

Minos berkata tanpa inisiatif, pelan dan usaha Tun Taib, Kota Samarahan tidak menjadi moden dan ia ditambah dengan kepimpinan Abang Johari kini yang telah memperuntu­kkan RM4 bilion bagi hab perubatan dan pengumuman inisiatif lain kepada kemajuan Kota Samarahan.

Hadir sama pada sidang media tersebut semalam ialah Timbalan Pengerusi MPKS Kaunselor Zakiah Basah, Pemangku Setiausaha Perbandara­nan MPKS Abu Bakar Sepawi, Penolong Setiausaha Perbandara­n MPKS Faridah Ismawi dan Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Sosial dan Pembanguna­n Komuniti Kaunselor Florince Christy serta Timbalanny­a Awang Edi Awang Chi dan Ketua Bahagian Korporat MPKS Bolhassan Mohamad.

 ??  ?? SETAHUN: Minos (duduk, empat kanan) bersama pegawai MPKS yang hadir pada sidang media tersebut menunjukka­n tanda satu iaitu ulang tahun pertama MPKS.
SETAHUN: Minos (duduk, empat kanan) bersama pegawai MPKS yang hadir pada sidang media tersebut menunjukka­n tanda satu iaitu ulang tahun pertama MPKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia