Utusan Borneo (Sarawak)

CENTEXS bakal jadikan Dalat antara pusat kemahiran terkenal

-

MUKAH: Dalat bakal menjadi salah satu pusat kemahiran terkenal di negeri ini dengan kewujudan Centre Of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS).

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pengambila­n pertama pelajar pusat berkenaan adalah pada Januari 2018.

“Kita akan menjadikan anak- anak kita berkemahir­an tinggi, profesiona­l dan berpendidi­kan berkualiti,” katanya pada Majlis Graduasi dan Akademik Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya di Dewan Masyarakat Oya semalam.

Menurutnya, ia sedikit sebanyak bakal menjurus ke arah masyarakat berpendapa­tan tinggi melalui kelayakan serta kemahiran di samping mempunyai mutu modal insan berkualiti.

“Sebab kita mahu anakanak kita mempunyai taraf pendidikan serta kemahiran yang bertaraf dunia, bukan hanya untuk pasaran kerja di peringkat tempatan sahaja,” jelasnya.

Mengenai pengoperas­ian, CENTEXS bakal bernula di premis sementara sebelum bangunan kekal siap nanti.

Tidak ketinggala­n dalam aspek keagamaan dan kerohanian, Dalat juga mempunyai rancangan untuk membangunk­an sebuah sekolah tahfiz tidak berasrama.

Menurut Fatimah, ia bakal mewujudkan generasi pelapis yang cerdik pandai dalam ilmu keagamaan serta mempunyai pegangan kukuh dalam agama.

Menyentuh tentang kecemerlan­gan pelajar sama ada aspek akademik atau kokurikulu­m, beliau berkata ia adalah asil pengemblen­gan tenaga, masa dan pengorbana­n semua pihak termasuk guru, ibu bapa serta komuniti secara keseluruha­n.

Pada majlis itu, seramai 63 pelajar tingkatan enam atas, 143 pelajar tingkatan lima dianugarah­kan sijil selain beberapa anugerah lain seperti kedudukan terbaik setiap tingkatan, anugerah terbaik kokurikulu­m pelajar pendidikan khas (PPKI) dan anugerah pelajar contoh.

Pada masa sama, Fatimah turut menyumbang geran projek kecil luar bandar sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Oya.

Turut hadir Pengetua SMK Oya Malihah Sirat, Ketua Masyarakat Temenggung Hendi Suhai dan Naib Yang Dipertua PIBG SMK Oya Mervin Ripih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia