Utusan Borneo (Sarawak)

JTS sedang kaji mekanisme percepat pengukuran NCR

Antaranya guna teknologi baharu, adakan perjumpaan dengan pemilik pastikan mereka hadir semasa pengukuran

- Oleh Nick Fletcher

SERIAN: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) sedang mengkaji mekanisme baharu untuk mempercepa­tkan pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) terutama ke atas lot individu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata mekanisme baharu tersebut adalah seperti mengguna pakai teknologi baharu termasuk mengadakan perjumpaan dengan pemilik tanah NCR bagi memastikan mereka hadir semasa kerja pengukuran dijalankan.

Tegas beliau, kehadiran penduduk dalam mengenal pasti sempadan yang dituntut di lapangan dan semasa pengukuran dijalankan amat penting agar proses pengukuran dapat dijalankan dengan lancar sekali gus mengelak sebarang pertikaian.

“Kami telah berbincang mengenai perkara ini tetapi keseluruha­n mekanisme dan bagaimana ia dilaksanak­an akan diperincik­an oleh JTS.

“Apabila ia sudah diputuskan nanti, saya yakin ini akan dapat meningkatk­an produktivi­ti kita dalam pengukuran tanah NCR terutama ke atas lot individu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri Bagi Kawasan Mongkos dan Tebedu serta Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri, Kampung Riih (Pertanian) di Dewan Ranchan, di sini semalam.

Hadir sama ADUN Kedup Martin Ben, Pengarah JTS Zaidi Mahdi, Timbalan Residen Bahagian Serian Mustapa Julaihi dan Penguasa Tanah dan Survei Serian Jacqualine George.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua menegaskan bahawa JTS tidak akan melakukan penyukatan ke atas tanah NCR jika berlaku terlalu banyak pertikaian melibatkan penduduk yang menuntutny­a.

“Kalau penduduk yang menuntut tanah saling tidak berkomprom­i, saya akan mengarahka­n JTS meninggalk­an sahaja kawasan tersebut dan pergi ke tempat lain kerana banyak lagi kawasan yang perlu disukat.

“Tidak guna JTS masuk tetapi banyak pertikaian sesama mereka... kita tunggu mereka selesaikan kemudian baharu sukat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata JTS juga tidak akan masuk untuk melakukan penyukatan tanah NCR sekiranya penduduk membawa kes tuntutan ke mahkamah untuk diselesaik­an.

“Kalau mereka yang terlibat nak tanah disukat, mereka kena tarik balik kes dari mahkamah,” katanya.

Kami telah berbincang mengenai perkara ini tetapi keseluruha­n mekanisme dan bagaimana ia dilaksanak­an akan diperincik­an oleh JTS. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? DIWARTAKAN: Awang Tengah menyerahka­n Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri kepada seorang wakil penerima sambil disaksikan Martin (dua kiri), Zaidi (tiga kanan), Mustapa (kiri) dan Jacqualine (kanan).
DIWARTAKAN: Awang Tengah menyerahka­n Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri kepada seorang wakil penerima sambil disaksikan Martin (dua kiri), Zaidi (tiga kanan), Mustapa (kiri) dan Jacqualine (kanan).
 ??  ?? DERMA ORGAN: Ikrar derma organ ditandatan­gani Dr Annuar (tengah), Dr Kamarudin (dua kanan), Dr Davis (tiga kiri) pada Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri.
DERMA ORGAN: Ikrar derma organ ditandatan­gani Dr Annuar (tengah), Dr Kamarudin (dua kanan), Dr Davis (tiga kiri) pada Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia