Utusan Borneo (Sarawak)

LHDN kesan cubaan penyangak guna logo tipu pembayar cukai

-

SIBU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kebelakang­an ini mengesan beberapa percubaan penipuan penyangak kewangan mengguna nama dan logo LHDN.

Bahagian Komunikasi 1 Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN menerusi kenyataan medianya memberitah­u, antara kaedah penipuan diguna melalui penghantar­an e- mel palsu kepada orang ramai.

Penerima e-mel terbabit akan diberitahu yang mereka mempunyai amaun cukai terlebih bayar dan harus dipulangka­n oleh LHDN.

Katanya menerusi kiriman e- mel palsu itu penerima diarah mendedahka­n butiran akaun bank bagi memboleh transaksi bayaran balik lebihan cukai dibuat oleh LHDN.

LHDN tidak pernah menghantar e-mel bagi meminta orang ramai mendedahka­n nombor akaun bank mereka.

Ini kerana maklumat akaun bank tersebut hanya diperolehi melalui perisytiha­ran oleh pembayar cukai ketika mereka mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan pada setiap tahun.

Pembayaran balik cukai pendapatan berjaya diproses berdasarka­n maklumat betul juga dikredit terus oleh LHDN ke akaun bank pembayar cukai menerusi pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar Bayaran Balik Cukai (BBBC) atau Cek Berpalang atau Telegraphi­c Transfer ( untuk mereka yang mempunyai akaun di luar negara).

Jelas kenyataan itu lagi, LHDN turut mengesan kaedah penipuan menggunaka­n kaedah menghantar Surat Tuntutan Cukai Tertunggak palsu.

“Untuk makluman LHDN sememangny­a ada mengeluar surat peringatan kepada pembayar cukai yang mempunyai amaun cukai tertunggak supaya menjelaska­n cukai tertunggak berkenaan.

“Justeru, orang ramai menerima surat tuntutan tersebut dinasihati memastikan surat diterima tulen daripada LHDN.

“Pengesahan ketulenan surat tunggakan cukai boleh dibuat melalui Talian Hasil Careline di 1-800-88-5436 atau Talian Hasil Recovery Call Centre di 1-800-88-4726 atau nombor talian Cawangan LHDN yang mengeluark­an surat tersebut (ada di kepala surat),” katanya.

Selain itu, sebarang pembayaran cukai pendapatan juga mesti dibuat atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan sekiranya surat yang diterima memberikan arahan untuk membuat bayaran cukai pendapatan kepada penama selain daripada Ketua Pengarah LHDN atau LHDN maka arahan itu boleh diabaikan.

Kaedah penipuan seter- usnya ialah dengan mengadakan lawatan palsu ke premis pembayar cukai dan memaksa pembayar cukai membayar cukai tertunggak.

LHDN tidak mengamalka­n kaedah mengunjung­i premis pembayar cukai bagi mengutip cukai tertunggak secara tunai.

Kunjungan hanya akan dilakukan melalui operasi secara berkala seperti Operasi KUTiP dan kaedah kutipan cukai tertunggak dilaku hanya melalui cek atau draf bak atas nama Ketua Pengarah LHDN atau LHDN.

Bagi mengelakka­n ditipu orang ramai dilawati disaran memeriksa kad pengenalan diri dan merekodkan butiran pegawai LHDN yang hadir ke premis mereka.

Pembayar cukai juga boleh mendapatka­n penjelasan mengenai peruntukan undang-undang yang diguna pakai, merekodkan nama serta nombor perhubunga­n penyelia yang menyelia pegawai tersebut atau menghubung­i talian Hasil Careline di 1- 800- 88- 5436 untuk pengesahan.

Justeru orang ramai diminta sentiasa berwaspada dan mendapatka­n pengesahan segera daripada LHDNM bagi sebarang keraguan yang timbul mengenai perihal cukai pendapatan mereka untuk mengelak kerugian kewangan.

Orang ramai juga boleh melaporkan aduan kepada emel aduan@hasil.gov.my. SIBU: Dua pemotong rumput tersesat selepas mereka gagal menemui jalan keluar dari hutan di kawasan Batu 62, Jalan Selangau- Bintulu pagi kelmarin (Selasa).

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, terdahulu pengadu (mangsa) dan abangnya telah diarah bekerja oleh majikan mereka membersihk­an kawasan menara elektrik milik Sarawak Energy Berhad.

Katanya, mereka telah diberi tempoh seminggu untuk menyelesai­kan kerja tersebut tetapi mereka kehabisan bekalan makanan selepas tiga hari.

“Disebabkan itu mereka bercadang keluar dari hutan tersebut namun gagal menemui jalan keluar,” kata Jimmy.

Menurutnya, pengadu berumur 20 tahun bersama abangnya, berumur 24 tahun menyatakan mereka tersesat ketika cuba mencari jalan keluar dari hutan tersebut.

“Malah dua beradik tersebut tidak mempunyai nombor telefon majikan mereka menyebabka­n mereka menghubung­i talian IPD Mukah pagi tadi (semalam),” katanya.

Katanya pengadu memberitah­u bahawa mereka telah menunggu di sebuah menara No.320 sehingga mereka ditemui sekitar jam 2.30 petang semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai pihak BBP Sungai Merah dan BPP Tatau serta polis.

“Kedua- dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat tetapi kelihatan lemah semasa diserahkan pihak SAR,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Sharifah Hasidah (baris tiga, enam kiri) merakam kenangan secara berkumpula­n pada program tersebut.
KENANGAN: Sharifah Hasidah (baris tiga, enam kiri) merakam kenangan secara berkumpula­n pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia