Utusan Borneo (Sarawak)

Kini saya telah bebas, kata Hana

Watie diperintah­kan bayar RM102,490.05 kepada Jabatan Insolvensi

-

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Elite, Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, diperintah membayar RM102,490.05 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membersihk­an status rakan kumpulanny­a, Hana atau nama sebenar Norhanasaf­iza Mat Adnan, yang diisytihar­kan muflis sejak 2013.

Perintah itu dikeluarka­n Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Rasyihah Ghazali di dalam kamarnya semalam dengan dihadiri Hana, 39, bersama- sama peguamnya Samir Zainal manakala Watie, 41, tidak diwakili peguam.

Samir ketika ditemui pemberita berkata, mahkamah memerintah­kan Watie membayar sebanyak RM99,500 sebagai bayaran pertama kepada Ketua Pengarah Jabatan berkenaan sebelum atau pada 30 Nov ini.

“Watie perlu membayar RM102,490.05 kepada Jabatan Insolvensi sehinggala­h jabatan berkenaan mengeluark­an satu surat pembatalan kebankrapa­n bagi mengesahka­n Hana bebas dari status muflis,” kata peguam itu yang turut memberitah­u bahawa anak guamnya diisytihar­kan muflis sejak 1 April 2013.

Samir berkata bayaran kepada Jabatan Insolvensi itu adalah sebahagian daripada jumlah keseluruha­n hutang Watie sebanyak RM707,351.83 yang perlu dibayar kepada Hana.

“S e h u b u n g a n i t u , mahkamah turut memerintah­kan Watie membayar RM2,500 kepada rakannya itu pada 25 haribulan setiap bulan bermula Januari tahun depan sehinggala­h hutang berkenaan selesai dilunaskan,” katanya.

Hana, yang memenangi kes saman terhadap Watie pada 10 Mac 2015, memfailkan saman penghutang penghakima­n pada 18 Mei lepas setelah pelakon itu gagal membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 kepadanya sehingga kini.

Dalam saman penghutang itu, Hana turut memohon mahkamah mengeluark­an perintah waran tangkap

Alhamdulil­lah semuanya berjalan lancar dan akhirnya saya dapat menjalani kehidupan saya seperti biasa. Kini, saya telah bebas dan dapat berjumpa dua anak, Aaron Danial Mann, 16, dan Alayna Daniella Mann, 15, yang kini berada di London bersama bekas suami. Hana Bekas anggota Elite

sekiranya Watie gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berhubung kegagalann­ya membayar hutang itu.

Pada 10 Mac 2015, mahkamah memerintah­kan Watie selaku defendan membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 selepas membenarka­n tuntutan saman Hana terhadap pelakon itu.

Hana menyaman Watie bagi menuntut ganti rugi berhubung kegagalan Watie menyelesai­kan bayaran pinjaman bank yang menggunaka­n namanya bagi membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Wish.

Dalam pernyataan tuntutan, Hana mendakwa beliau telah membuat pinjaman bank sebanyak RM150,000 untuk membeli kereta itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie kerana pelakon itu tidak layak membuat pinjaman.

Hana selaku plaintif mendakwa selepas Watie memiliki kenderaan itu, beliau gagal mematuhi syarat ditetapkan termasuk tidak membuat bayaran ansuran sejak September 2010 kepada pihak bank yang menyebabka­n Hana diisytihar­kan muflis pada 1 April 2013.

Sementara itu, Hana, 39, berkata beliau berasa lega selepas penantiann­ya selama ini berakhir.

“Alhamdulil­lah semuanya berjalan lancar dan akhirnya saya dapat menjalani kehidupan saya seperti biasa. Kini, saya telah bebas dan dapat berjumpa dua anak, Aaron Danial Mann, 16, dan Alayna Daniella Mann, 15, yang kini berada di London bersama bekas suami,” kata peragawati sambilan itu.

Bagaimanap­un, pihak media gagal mendapatka­n sebarang komen daripada Watie yang hadir pada prosiding semalam dengan ditemani suaminya, Zulkifli Daud atau lebih dikenali sebagai Joey, selepas mereka bergegas meninggalk­an mahkamah sebelum dilihat menaiki sebuah kenderaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Hana bersama anggota keluarga serta Samir Zainal (dua kiri) keluar dari bilik mahkamah selepas Mahkamah Sesyen Selayang memerintah­kan Watie membayar RM102,490.05 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membersihk­an status Hana yang diisytihar­kan muflis, sejak 2013 semalam.
— Gambar Bernama CERIA: Hana bersama anggota keluarga serta Samir Zainal (dua kiri) keluar dari bilik mahkamah selepas Mahkamah Sesyen Selayang memerintah­kan Watie membayar RM102,490.05 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membersihk­an status Hana yang diisytihar­kan muflis, sejak 2013 semalam.
 ??  ?? HANA
HANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia