Utusan Borneo (Sarawak)

Kim Chol disahkan rakyat Korea Utara

-

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa Kedutaan Republik Rakyat Demokratik Korea telah mengesahka­n Kim Chol sebagai rakyat negaranya.

Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/KLIA Asisten Superinten­den Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata, surat pengesahan mengenai perkara itu diterimany­a daripada pihak kedutaan itu pada 17 Feb 2017.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata beliau sendiri mengambil surat pengesahan kerakyatan dan pasport Kim Chol dari pejabat Kedutaan Republik Rakyat Demokratik Korea.

“Pengesahan status individu si mati atas nama Kim Chol mengesahka­n penama mempunyai pasport Republik Rakyat Demokratik Korea, yang tertera nombor pasport 836410070, tarikh lahir 10 Jun 1970,” katanya semasa pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad.

Wan Azirul Nizam memberi keterangan pada perbicaraa­n kes rakyat Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan rakyat Vietnam, Doan Thi Huong, 28, yang didakwa bersamasam­a empat orang lagi yang masih bebas, membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang pada 9 pagi, 13 Feb lepas.

Wan Azirul Nizam berkata hasil siasatanny­a terhadap manifes penumpang pesawat di klia2 dan Jabatan Imigresen Malaysia mendapati Kim Chol memasuki negara ini pada 6 Feb 2017, yang direkodkan di pintu klia2.

Saksi itu juga memberitah­u bahawa Siti Aisyah direkodkan keluar dari Malaysia pada 21 Jan 2017 di pintu klia2 manakala Doan direkodkan memasuki negara ini pada 4 Feb 2017 di pintu klia Server 3.

Mengenai penangkapa­n kedua-dua tertuduh, beliau berkata Siti Aisyah ditahan di Hotel Flamingo, Ampang manakala Doan ditahan di klia2.

Beliau berkata dua pegawai polis telah mengambil sebanyak 11 dan 10 barang kes masing-masing daripada Siti Aisyah dan Doan.

“Kesemua barang kes itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan pemeriksaa­n dan analisis siasatan kes,” katanya.

Mengenai empat lagi suspek kes pembunuhan itu yang masih bebas, Wan Azirul Nizam berkata disebabkan kekurangan butiran peribadi empat suspek tersebut, pihak polis masih belum dapat menangkap mereka.

“Saya hanya mendapat nama gelaran suspek-suspek itu dan tidak mendapat sebarang maklumat peribadi mereka termasuk butir pengenalan diri seperti nombor pasport dan nombor telefon.

“Bagaimanap­un, pihak polis telah mengeluark­an arahan dan permohonan bantuan Cawangan Khas Bukit Aman dan Interpol (Polis Antarabang­sa) untuk membantu mengesan kesemua suspek berkenaan,” katanya.

Beliau juga berkata seorang lelaki bernama Ri Jong-Chol, yang ditangkap berhubung kes itu, telah dibebaskan kerana tiada sebarang bukti untuk membuat pertuduhan ke atasnya.

“Lelaki itu ditahan kerana kereta jenis Naza Ria berwarna kelabu didaftarka­n di atas namanya dan berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu dilihat menghantar dua suspek yang masih bebas ke klia2 pada hari kejadian. Sebab itu, saya menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan.

“Bagaimanap­un, Ri JongChol telah diusir keluar dari negara ini kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan dalam kes ini,” katanya.

Semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin mengenai lelaki bernama Muhammad Farid Jalaludin, beliau berkata lelaki berkenaan adalah seorang yang telah ditahan bersabit dengan kes itu namun dia diberikan jaminan bon mahkamah.

“Berdasarka­n siasatan saya, Muhammad Farid dan Siti Aisyah adalah pasangan kekasih,” katanya.

Ketika disoal Wan Shaharuddi­n sama ada siasatan beliau berat sebelah, Wan Azirul Nizam menafikann­ya kerana beliau telah mengambil kira semua aspek siasatan iaitu saksi-saksi pendakwaan, percakapan kedua-dua tertuduh selain melihat dan melakukan perbanding­an ke atas rakaman CCTV di tempat kejadian dan rakaman CCTV yang dimohon oleh peguam.

Saksi itu berkata beliau juga telah menghantar barang kes seperti sampel darah, kuku, bulu dan pakaian ke bahagian toksikolog­i, DNA dan Senjata Kimia di Jabatan Kimia untuk dianalisis pada 16 Feb 2017 tetapi baju tanpa lengan warna kelabu dan skaf yang dipercayai dipakai Siti Aisyah hanya dihantar ke jabatan itu pada 20 Sept lepas.

Ditanya mengapa baju tanpa lengan dan skaf itu dihantar ke Jabatan Kimia selepas hampir tujuh bulan kemudian, pegawai penyiasat itu mengakui ia merupakan kesilapann­ya.

“Saya terlepas pandang untuk menghantar barang kes itu kerana pada ketika itu saya terpaksa menguruska­n jumlah barang kes yang terlalu banyak untuk kes ini.

“Saya ada menghantar barang kes ini di bahagian Chemical Weapon, tetapi terlepas pandang untuk menghantar­nya di bahagian DNA,” katanya.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia