Utusan Borneo (Sarawak)

NKRA luaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampu­an

-

SRI AMAN: Bidang Keberhasil­an Utama Negara ( NKRA) meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampu­an, kata Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis.

Katanya, NKRA merupakan satu inovasi dasar dan strategi bagi merealisas­ikan hasrat memantapka­n kualiti pendidikan negara.

“Kita perlu bersedia melakukan pembaharua­n sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi berterusan,” katanya pada Majlis Anugerah Tiang Laju (ATILA) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simanggang itu berkata, sistem pendidikan perlu dinamik dan progresif serta bersedia melalui proses perubahan dan pembaharua­n.

Menurutnya, kita perlu melahirkan pelajar cemerlang dan mencapai standard kualiti melanjutka­n pengajian ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

“Sasaran negara mencapai standard pendidikan berkualiti peringkat antarabang­sa perlu digalas semua pihak.

“Justeru, pelbagai program diperkenal­kan oleh kementeria­n terbabit meningkatk­an pembelajar­an anak- anak serta menggalakk­an penglibata­n komuniti dengan sekolah,” katanya.

Harden menjelaska­n, Kementeria­n Pendidikan Malaysia terus berusaha meningkatk­an Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajar­an.

Katanya, soalan berbentuk KBAT juga terdapat dalam soalan peperiksaa­n awam seperti PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menguji kemahiran berfikir pelajar.

“Kejayaan melahirkan modal insan berkeupaya­an dalam bidang-bidang baharu menuntut peningkata­n bilangan pelajar dalam bidang teknik dan vokasional,” jelasnya.

Hadir sama Pengetua SMK Simanggang Ramlee Bee, guru serta ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Seramai 300 pelajar sekolah tersebut menerima sijil dan hadiah dalam pelbagai kategori dan anugerah.

 ??  ?? RASMI: Harden (lima kanan) memukul gong sambil diperhatik­an Ramlee (empat kanan) serta guruguru ketika merasmikan majlis itu.
RASMI: Harden (lima kanan) memukul gong sambil diperhatik­an Ramlee (empat kanan) serta guruguru ketika merasmikan majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia