Utusan Borneo (Sarawak)

MPS kutip cukai taksiran hampir RM34 juta

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) mengutip cukai taksiran hampir RM34 juta sehingga 25 Oktober tahun ini.

Pengerusin­ya Datuk Tiong Thai King b e r k a t a s e j u m l a h RM33,918,970.53 atau 84.79 peratus cukai taksiran bagi tahun 2017 berjaya dikutip setakat ini.

“Kita juga mengumpul 31.32 peratus tunggakan cukai taksiran berjumlah RM2,060,996.53.

“MPS merakamkan penghargaa­n kepada pembayar cukai taksiran yang memberikan kerjasama baik,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Penuh Bulanan MPS di sini, semalam.

Tiong turut mengingatk­an pembayar cukai agar menjelaska­n cukai taksiran bagi separuh kedua 2017 sebelum 31 Oktober tahun ini.

Menyentuh mengenai Kempen Katakan Tidak Kepada Beg Plastik 2.0 bermula 1 Oktober lalu, beliau berkata kempen mendapat kerjasama baik daripada pengusaha pasar raya, kedai dan premis perniagaan.

“Kita juga mendapati orang ramai sedar kempen ini dan membawa beg masing-masing selain memberi kerjasama menggunaka­n kotak kertas disediakan pasar raya.

“Selepas ini, MPS memperluas kempen ke semua pasar basah di Sibu bagi membentuk masyarakat mesra alam,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong itu berkata, MPS mengadakan Hari Bersama Pelanggan 2017 di Orange Zone, Daesco Star Mega Mall pada 28 Oktober ini bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput datang bagi sesi bertemu pelanggan serta ahli- ahli majlis bagi menjawab dan mendapat maklum balas berhubung perkhidmat­an dan penyelengg­aran infrastruk­tur MPS.

“Pelbagai permainan interaktif dan cabutan bertuah turut diadakan sepanjang Hari Bersama Pelanggan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia