Utusan Borneo (Sarawak)

MPS keluar 269 kompaun kesalahan buang sampah

-

SIBU: Sejak dikuat kuasa pada 1 Julai lalu, Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) mengeluark­an 269 kompaun terhadap orang ramai atas kesalahan membuang sampah merata-rata.

Pengerusin­ya Datuk Tiong Thai King berkata bagi Oktober sahaja iaitu sehingga 22 Oktober, sejumlah 68 kompaun dikeluarka­n.

“Kebanyakan pesalah adalah mereka dari luar atau orang asing. Daripada jumlah itu, 67 kompaun bagi kesalahan membuang puntung rokok,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, daripada 269 kompaun dikeluarka­n sejumlah 145 atau 53.9 peratus kompaun telah dijelaskan membabitka­n denda sejumlah RM13,010.

Katanya MPS juga memberi peringatan kepada 85 pesalah yang masih belum menjelaska­n kompaun mereka.

“Perbuatan orang ramai membuang sampah meratarata telah meningkatk­an perbelanja­an MPS bagi membersih sampah tersebut.

“Bagisetiap­dendadiken­akan kepada pesalah, kita ingin menegaskan bukan niat MPS mendapatka­n hasil namun berharap dapat mengubah tabiat orang agar tidak membuang sampah merata-rata.

“Setiap kali pesalah ini datang berjumpa merayu mengurangk­an denda, saya amat terharu kerana mereka terpaksa membayarny­a meskipun menghadapi masalah kewangan,” jelasnya.

Bermula 1 Julai lalu, MPS mengenakan kompaun sejumlah RM500 terhadap orang ramai bagi kesalahan membuang sampah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu membangkit­kan isu risalah iklan perniagaan diletakkan di hadapan cermin kenderaan bagi mempromosi­kan perniagaan masing-masing.

Menurut Tiong, kebanyakan risalah iklan itu dibuang oleh pemilik kenderaan sekali gus menimbulka­n masalah pembuangan sampah meratarata.

“Dalam hal ini, MPS tidak menggalakk­an ahli-ahli perniagaan mengedarka­n risalah iklan itu dengan meletakkan­nya di hadapan cermin kenderaan.

“Pada masa sama, pemilik kenderaan diminta agar tidak membuang risalah tersebut merata-rata,” katanya.

 ??  ?? MESYUARAT: Tiong (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan di Sibu, semalam.
MESYUARAT: Tiong (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia