Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat kerja berpasukan penting kepada ahli majlis, kakitangan MDK

-

KAPIT: Semangat kerja berpasukan penting kepada ahli majlis dan kakitangan Majlis Daerah Kapit (MDK) bagi memastikan MDK sebagai pihak berkuasa tempatan menyediaka­n perkhidmat­an lebih efektif dan berkesan kepada penduduk di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat berkata MDK memainkan peranan menyokong aktiviti seperti menerusi penglibata­n menganjurk­an program Agenda Tempatan 21 dan Pembanguna­n Masyarakat.

“Semua kaunselor ( ahli majlis) daripada pelbagai parti komponen Barisan Nasional (BN). Ini adalah pasukan baik yang boleh menaikkan nama dan imej MDK,” katanya.

Jamit berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Agenda Tempatan 21 dan Program Pembanguna­n Komuniti (Pembanguna­n Modal Insan dan Alam Sekitar Bersama Komuniti) anjuran MDK di Rumah Rambor Belansai, Sungai Melipis di sini.

Beliau turut memuji penganjura­n program itu yang disifatkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan mendekati rakyat peringkat akar umbi.

“Program ini memberi peluang kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar bertemu dengan pelbagai agensi kerajaan dan pemimpin politik.

“Selain berperanan sebagai landasan menyampaik­an maklumat terkini mengenai dasar- dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Jamit turut mengumumka­n geran kerajaan sejumlah RM10,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Rambor.

Hadir sama wakil Pegawai Daerah Kapit James Sandak, Pegawai Khas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Ambrose Abong Bugek, ketua- ketua masyarakat, tuai- tuai rumah dan penduduk setempat.

 ??  ?? RASMI: Jamit ( empat kiri) merasmikan Majlis Penutupan Agenda Tempatan 21 dan Program Pembanguna­n Komuniti di Rumah Rambor Belansai, Sungai Melipis, Kapit.
RASMI: Jamit ( empat kiri) merasmikan Majlis Penutupan Agenda Tempatan 21 dan Program Pembanguna­n Komuniti di Rumah Rambor Belansai, Sungai Melipis, Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia