Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM sedia bantu sahkan identiti Dr Mahmud

-

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) sedia bekerjasam­a dengan pihak berkuasa Filipina bagi mengesahka­n identiti militan kelahiran Malaysia, Dr Mahmud Ahmad, yang dilaporkan terbunuh dalam pertempura­n dengan tentera negara itu pada 18 Okt lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM telah menghubung­i pihak berkuasa Filipina dan bersedia menghantar pasukan forensik ke negara itu bagi membuat pengecaman mayat Mahmud.

Katanya, pihaknya juga telah mengambil sampel asid deoksiribo­nukleik ( DNA) daripada anak Mahmud beberapa hari lepas sebagai persediaan jika terdapat permintaan daripada pihak berkuasa Filipina untuk ujian itu dilakukan.

“Buat masa ini yang terbaik kita boleh lakukan ialah menghubung­i pihak berkuasa Filipina untuk membantu kita mendapatka­n akses ke- pada mayat (jika ditemui).

“Kita akan buat ujian DNA dan jika sah itu mayat arwah dan ada permintaan daripada keluarga untuk kita bawa pulang, kita akan usahakan perkara itu,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), di sini semalam.

Bagaimanap­un, Mohamad Fuzi berkata buat masa ini pihaknya masih belum menerima sebarang permintaan daripada pihak berkuasa negara itu untuk proses pengecaman mayat.

Ditanya sama ada PDRM telah menerima pengesahan mengenai kematian Mahmud, beliau berkata buat masa ini maklumat yang diterima adalah berdasarka­n kenyataan pihak berkuasa Filipina dan Presiden negara itu Rodrigo Duterte.

“Jadi kita tidak dapat mengesahka­n secara tepat kerana berdasarka­n kenyataan itu kita dimaklumka­n arwah terbunuh dalam satu pertempura­n di Marawi City. Secara terperinci saya tidak boleh komen,” katanya.

Media antarabang­sa melaporkan, menurut tentera Filipina, Mahmud berkemungk­inan besar terbunuh dalam pertempura­n pada tengah malam 18 Okt lepas, yang turut mengorbank­an 13 pemberonta­k di Marawi, Filipina.

Menurut laporan itu, bekas pensyarah universiti itu dipercayai berperanan penting dalam membiayai gerakan militan di Marawi yang dikepung sejak hampir lima bulan lalu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Azman (tengah) menunjukka­n mesin yang dirampas ketika mengadakan sidang media di Kompleks Penyimpan Eksibit KPDNKK Nilai, semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Azman (tengah) menunjukka­n mesin yang dirampas ketika mengadakan sidang media di Kompleks Penyimpan Eksibit KPDNKK Nilai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia