Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem ramalan awal banjir dilaksana seluruh negara

Meramal sekurang-kurangnya dua hari sebelum bencana

-

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan sedia disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) susulan kenyataan Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh yang mendakwa berlakunya salah guna kuasa dan kronisme dalam pembahagia­n lot kedai di kompleks perniagaan baharu, Pasar Siti Hajar, di Pasir Puteh.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka terhadap mana-mana siasatan yang akan dilakukan oleh agensi berkenaan.

“Kita sentiasa terbuka daripada awal terhadap mana- mana siasatan yang akan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (Exco) di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata seramai 309 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh bersetuju untuk berpindah ke pasar baharu berkenaan dalam masa terdekat.

Kelmarin, Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh membuat laporan kepada SPRM Kelantan bagi menyiasat dakwaan wujudnya salah guna kuasa dan kronisme dalam pembahagia­n lot kedai di kompleks perniagaan baharu itu.

Pengerusi persatuan itu Kamarzaman Che Ngah mendakwa pemilikan lot kedai itu agak meragukan dan menimbulka­n isu kerana dipercayai melibatkan kakitangan atau saudara mara terdekat pihak berkuasa tempatan di jajahan tersebut. — Bernama JITRA: Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS) akan melaksanak­an Program Sistem Ramalan Awal Banjir (PRAB) di seluruh negara secara berperingk­at, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Hamim Samuri.

Beliau berkata sistem PRAB itu dapat meramalkan banjir sekurang-kurangnya dua hari sebelum bencana dan meningkatk­an keupayaan sistem hebahan dan amaran banjir monsun daripada enam jam kepada dua hari lebih awal.

“Pada masa ini, tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang telah mempunyai sistem tersebut memandangk­an tiga negeri di kawasan Pantai Timur itu sering dilanda banjir setiap tahun.

“Selepas ini, kami akan laksanakan di seluruh negara terutamany­a negeri-negeri yang kritikal berdepan bencana banjir antaranya Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi JPS 2017 di sini, semalam.

Pada 9 Okt lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumka­n Fasa 2 sistem PRAB akan dilaksanak­an dan tumpuan diberikan kepada negeri Kedah, Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Sementara itu, Hamim berkata JPS perlu melihat dan menilai semula data taburan hujan berikutan jumlah ke-

Selepas ini, kami akan laksanakan di seluruh negara terutamany­a negerinege­ri yang kritikal berdepan bencana banjir antaranya Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak. Datuk Dr Hamim Samuri Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

kerapan dan jumlah taburan hujan yang turun pada masa ini tidak selari dengan jumlah kekerapan sebelum ini akibat perubahan iklim.

“Data cuaca yang direkodkan ini tidak lagi relevan kerana pola-pola curahan hujan telah berubah dan melalui perole- han data baharu itu ia dapat membantu untuk merangka rancangan baharu mengenai tebatan banjir,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata Rang UndangUnda­ng (RUU) Sumber Air Negara sedang diperhalus­i dan berada pada peringkat akhir sebelum ia dapat dibentangk­an pada persidanga­n parlimen.

“Pada awalnya, dijangkaka­n draf RUU itu akan dibentangk­an pada persidanga­n parlimen hujung bulan ini tetapi melihat masa yang tidak cukup, kami tidak yakin ia dapat dibentangk­an kali ini dan mungkin akan dibawa pada sesi akan datang,” katanya.

Antara cadangan draf RUU itu adalah mencari sumber tadahan air yang baharu berdasarka­n perubahan taburan hujan yang tidak lagi jatuh di kawasan tadahan air yang dikhususka­n dan cadangan untuk menambah baik sistem perparitan di seluruh negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INOVASI TERKINI: Hamim (kanan) melihat pameran penanda aras air ketika musim hujan sempena Majlis Anugerah Inovasi 2017 Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia di Dewan Institut Pendidikan Guru Darul Aman (IPGDA) di Jitra semalam.
— Gambar Bernama INOVASI TERKINI: Hamim (kanan) melihat pameran penanda aras air ketika musim hujan sempena Majlis Anugerah Inovasi 2017 Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia di Dewan Institut Pendidikan Guru Darul Aman (IPGDA) di Jitra semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia