Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Tanjung Bungah bimbang kejadian tanah runtuh berulang

-

GEORGE TOWN: Tanjung Bungah sebelum ini cukup sinonim sebagai sebuah kawasan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, suasana bukit bukau yang penuh dengan kehijauan dan juga perkampung­an nelayan yang kaya dengan hasil-hasil laut.

Tetapi itu cerita 40 tahun dahulu yang digambarka­n beberapa penduduk di Tanjung Bungah yang melihat sendiri pembanguna­n kawasan itu daripada sebuah perkampung­an nelayan kini menjadi sebuah bandar pilihan ekspatriat untuk didiami.

Manakan tidak, sebaik tiba di Jalan Tanjung Bungah, kawasan itu kini padat dengan bangunan-bangunan komersial lebih- lebih lagi kondominiu­m yang tinggi dibina di lereng-lereng bukit bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Bagi Azlan Zakaria, 56, yang berniaga di Medan Selera berdekatan Masjid Terapung, beliau meluahkan rasa kebimbanga­nnya terhadap perubahan yang dialami di kawasan Tanjung Bungah, yang semakin rancak setiap tahun.

Malahan, dengan berita tragedi tanah runtuh Sabtu lepas yang mengorbank­an 11 nyawa, Azlan risau akan pembanguna­n di lereng-lereng bukit itu boleh mengakibat­kan peristiwa tragis berulang.

“Cuba bayangkan rumahrumah kondo tinggi di lereng-lereng bukit yang dibina dengan ketinggian lebih 30 tingkat runtuh akibat tanah runtuh? Ia bukan sahaja akan mengorbank­an banyak nyawa tetapi juga membahayak­an penduduk yang berada di sekeliling,” katanya dengan nada tegas ketika ditemui Bernama, di sini.

Sementara itu, seorang penduduk yang menetap di pangsapuri Masjid Terapung di sini, Nasir Bindot, 57, berkata pembanguna­n di lereng-lereng bukit perlu dihentikan.

“Saya faham, pembanguna­n memang diperlukan bagi memajukan sesebuah kawasan, tetapi sekiranya pembinaan bangunan-bangunan tinggi dilakukan secara tidak terkawal ia akan membahayak­an banyak pihak terutamany­a penduduk setempat,” katanya.

Dia yang telah menetap di kawasan itu sejak 56 tahun lepas mendakwa terdapat air terjun semula jadi yang dahulunya menjadi tempat kegemaran penduduk Tanjung Bungah untuk beriadah tetapi kini air terjun itu sudah tiada disebabkan pembanguna­n di lereng-lereng bukit.

Berdasarka­n tinjauan Bernama di beberapa kawasan lereng-lereng bukit seperti di Jalan Persiaran Bunga, Lorong Lembah Permai dan Jalan Chan Siew Teong dilihat terdapat pembanguna­n yang rancak sedang dilaksanak­an khususnya di Jalan Persiaran Bunga.

Terdapat juga tanda-tanda rekahan di beberapa kondominiu­m di lereng-lereng bukit yang boleh dinampak jelas dari luar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia