Utusan Borneo (Sarawak)

Buffon akan bersara melainkan Juve menjulang trofi Liga Juara-Juara

-

LONDON, England: Penjaga gol Manchester City, Claudio Bravo, menjadi wira pasukannya apabila menewaskan pendahulu Liga Kejuaraan, Wolverhamp­ton Wanderers menerusi penentuan sepakan penalti untuk melangkah ke suku akhir Piala Liga Inggeris Selasa lepas.

Walaupun kedua-dua pasukan mempunyai peluang, pertemuan di Stadium Etihad berakhir dengan tanpa sebarang gol sehingga tamat 30 minit tambahan, menyebabka­n perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Bravo, yang dikritik kerana beberapa aksi hambar musim lepas dan hanya membuat penampilan ketika pada musim ini, menepis tendangan Alfred N’Diaye dan Conor Coady pada format tendangan ABBA.

Sergio Aguero, yang kurang satu gol untuk menjadi penjaring tunggal terbanyak City, mengesahka­n kemenangan 4-1 dengan tendangan penalti lambung.

Tetapi oleh kerana gol dijaringka­n menerusi penentuan sepakan penalti, gol itu tidak diambil kira dan masih berkongsi rekod 177 gol dengan bintang legenda City, Eric Brook, yang dicipta pada 1939.

“Musim lepas adalah sukar buat Bravo tetapi beliau adalah seorang penjaga gol berkualiti,” kata pengurus City, Pep Guardiola. “Beliau selayaknya aksi cemerlang ini.”

Arsenal, yang menukar keseluruha­n skuad yang menewaskan Everton 5- 2 dalam hujung minggu Liga Perdana Inggeris Ahad lepas, kurang lima minit dari kekalahan di kelab divisyen dua, Norwich City pada perlawanan di Stadium Emirates.

Tetapi Eddie Nketiah, penyerang bawah 19 Tahun England, mengikat kedudukan 1- 1 selepas hanya 15 saat dimasukkan dari bangku simpanan untuk membawa permainan ke masa tambahan dan juga gol senior pertama beliau selepas Josh Murphy membuka jaringan buat Norwich.

Nketiah, 18, memastikan Arsenal ke suku akhir apabila menanduk gol kemenangan.

“Saya tahu beliau memiliki kualiti tetapi apabila pasukan memerlukan anda dan anda memberi sumbangan, ia satu lagi kualiti yang anda tidak akan tahu sehingga memasuki padang,” kata Wenger, yang sudah membimbing Arsenal sejak 1996.

Kelab tercorot Liga Perdana, Crystal Palace, ters- ingkir dari kejohanan apabila tewas 1- 4 di Bristol City walaupun membuka jaringan.

Bakary Sako meletakkan Palace di hadapan pada minit ke-21 tetapi Bristol, kelab divisyen dua, bangkit menerusi gol Matt Taylor, Milan Djuric, Joe Bryan dan Callum O’Dowda.

Pengurus kelab di kelompok bawahan liga biasa menganggap kejohanan Piala Liga tidak menguntung­kan dan kekalahan terbaharu Palace tidak mengejutka­n kerana pengurusny­a, Roy Hodgson, melakukan 10 pertukaran dari kesebelasa­n utama.

“Saya mengambil risiko dan saya menerima tanggungja­wab itu,” kata Hodgson. “Kami mempunyai beberapa perlawanan liga yang sukar dan pada pandangan saya, pemain beraksi dengan baik dalam kedua-dua perlawanan ini.”

Pada perlawanan lain, Jesse Lingard menjaringk­an dua gol ketika juara bertahan, Manchester United menewaskan Swansea City 2-1 dan bangkit dari kekalahan mengejut kepada Hud- dersfield dalam aksi liga Sabtu lepas.

Keputusan itu memberikan pengurus United, Jose Mourinho, kemenangan pada perlawanan ke-400 beliau dalam bola sepak Inggeris dan beliau memberitah­u penyiaran Sky Sports: “Sudah tentu saya masih berasa gembira dan mempunyai semangat yang sama tetapi 2004 adalah satu tempoh yang lama.” Bournemout­h menewaskan Middlesbro­ugh 3-1 sementara Leicester City, tanpa pengurus selepas pemecatan Craig Shakespear­e, bangkit dari k e t i n g g a - lan sebelum menewaskan Leeds United 3- 1. — AFP MILAN, Itali: Penjaga gol antarabang­sa Itali, Gianluigi Buffon berkata Selasa lepas di mana beliau akan bersara pada akhir musim ini, melainkan Juventus memenangi Liga Juara- Juara.

Pemain berusia 39 tahun itu merancang untuk menamatkan kerjayanya selepas Piala Dunia 2018 di Rusia tetapi jika Juventus muncul juara Eropah, beliau akan terus bermain untuk cuba menambah koleksi kejuaraan Piala Kelab Dunia.

“Tiada sebarang kesilapan ( untuk mengubah fikiran) kerana saya agak yakin dengan pilihan yang saya buat,” kata Buffon, yang dipilih sebagai penjaga gol terbaik 2017 pada anugerah FIFA Isnin lepas.

“Ini adalah musim terakhir saya dan saya yakin dengan pilihan yang saya buat. Satu atau dua tahun lagi tidak akan menambah atau menghilang­kan dari apa yang sudah saya capai.”

“Satu- satu cara untuk terus bermain ialah dengan memenangi Liga JuaraJuara,” kata beliau dengan mencadangk­an beliau akan berkongsi tugasnya dengan penjaga gol simpanan, Wojciech Szczesny di Piala Kelab Dunia – jika memenangi Liga Juara- Juara.

“Ketika itu, saya akan cuba memenangi Piala Kelab Dunia, mungkin Szczesny boleh bermain satu perlawanan dan saya bermain satu perlawanan,” cadang Buffon, yang bermain 633 kali untuk Juventus dan 173 bersama Itali.

“Tetapi saya fikir dengan seorang penjaga gol seperti beliau, ia biasa di mana tahun hadapan, saya akan memberi ruang kepadanya.”

Juventus, juara Eropah pada 1985 dan 1996, menamatkan saingan Liga Juara- Juara selaku naib juara sebanyak dua kali pada tiga tahun terakhir. — AFP

Musim lepas adalah sukar buat Bravo tetapi beliau adalah seorang penjaga gol berkualiti. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA
 ??  ??
 ??  ?? AKSI HEBAT: Bravo (kanan), menepis keluar bola rembatan N’Diaye ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Etihad, Manchester Selasa lepas.
AKSI HEBAT: Bravo (kanan), menepis keluar bola rembatan N’Diaye ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Etihad, Manchester Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia