Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad simpanan Barca melangkah bergaya

-

MADRID, Sepanyol: Pasukan simpanan Barcelona tidak diberikan tentangan kuat oleh kelab dari divisyen tiga, Real Murcia untuk mendahului 3-0 pada perlawanan pertama pusingan 32 akhir Piala Raja Sepanyol Selasa lepas.

Dengan pemain utama seperti Lionel Messi, Luis Suarez dan Andres Iniesta diberikan rehat, Paco Alcacer, Gerard Deulofeu dan Jose Manuel Arnaiz, pada penampilan sulungnya, mengambil sepenuh peluang dengan menjaringk­an gol untuk juara bertahan.

“Saya berasa gembira kerana hari ini, kami bermain dengan pemain dari skuad simpanan dan juga mereka yang kurang beraksi. Ia adalah ujian yang bagus untuk mereka,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde ketika memberitah­u BeIN Sports Sepanyol.

Barca kini sudah menang 12 kali dan seri sekali dari 13 perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an tetapi mengambil sedikit masa untuk menembusi pintu gol pasukan tuan rumah.

Apa yang pasti, Murcia boleh membuka jaringan tetapi rembatan Fernando Llorente dari dalam kotak penalti melambung tinggi pada pertengaha­n separuh masa pertama.

Alcacer menjaringk­an gol pertama beliau sejak final kejohanan yang sama musim lepas, seminit sebelum rehat dari umpanan Deulofeu.

Deulofeu menjaringk­an gol pertamanya bersama Barca ketika menentang Malaga hujung minggu lepas dan menambah gol kedua peribadi tujuh minit selepas rehat.

Arnaiz adalah satu- satu pemain muda Barca yang menyerlah bersama skuad simpanan Barca dalam divisyen dua musim ini dan diberikan penampilan sulung bersama skuad senior oleh Valverde dalam kesebelasa­n utama.

Dan pemain berusia 22 tahun itu menunjukka­n kehebatann­ya apabila menjaringk­an gol empat minit kemudian.

“Beliau pemain dengan keyakinan tinggi,” tambah Valverde.

“Beliau hebat dalam satu lawan satu, memiliki rembatan yang kencang dan untuk beliau mendapat penampilan sulung dalam kesebelasa­n utama dan menjaringk­an gol, ia adalah hebat untuk beliau dan pasukan.”

Dengan perlawanan kedua akan berlangsun­g di Nou Camp dalam tempoh lebih sebulan, Barca boleh memberikan tumpuan mengekalka­n kelebihan empat mata di singahsana La Liga Sepanyol dan juga mengesahka­n tempat ke pusingan kedua Liga Juara- Juara sebelum pertanding­an Piala Raja Sepanyol disambung semula.

Valencia, pencabar Barca paling rapat dalam La Liga ketika ini, meneruskan rentak cemerlang mereka apabila menewaskan Real Zaragoza 2-0 di gelanggang lawan menerusi gol Rodrigo dan Dani Parejo.

Sevilla menamatkan tiga kekalahan berturut- turut sebelum ini dengan menewaskan Cartagena 3-0 di gelanggang lawan.

Malaga masih gagal mencipta kemenangan musim ini apabila bolos dua gol pada minit kecederaan untuk tewas 1-2 di kelab divisyen dua, Numancia.

Alaves juga memerlukan gol kemenangan lewat untuk menewaskan Getafe 1-0 dan dua gol Sergio Leon membolehka­n Real Betis menewaskan Cadiz 2- 1. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GEGAR JARING: Icardi (kiri) menjaringk­an gol kedua Inter ketika beraksi pada perlawanan Serie A Itali menentang Sampdoria di San Siro, Milan pada Selasa lepas.
— Gambar Reuters GEGAR JARING: Icardi (kiri) menjaringk­an gol kedua Inter ketika beraksi pada perlawanan Serie A Itali menentang Sampdoria di San Siro, Milan pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia