Utusan Borneo (Sarawak)

Inter melonjak ke tangga teratas pada hari mangsa tragedi Holocaust diingati

-

MILAN, Itali: Mauro Icardi menjaringk­an dua gol ketika Inter Milan melonjak ke tangga teratas Serie A Itali dengan kemenangan 3-2 ke atas Sampdoria pada hari di mana mangsa tragedi Holocaust diingati ekoran tindakan anti Yahudi oleh penyokong Lazio.

Icardi, yang juga kapten Inter dan kapten Sampdoria, Fabio Quagliarel­la, menyerahka­n salinan ‘The Diary of Anne Frank” dan memoir penulis Itali berbangsa yahudi ‘If This Is A Man” kepada maskot kanak-kanak yang mengiringi pemain masuk ke dalam padang di San Siro.

Inisiatif itu dibuat ekoran kontrovers­i bermula selepas penyokong Lazio menyelubun­gi Stadio Olimpico, stadium dikongsi bersama dengan AS Roma semasa perlawanan liga menentang Cagliari, dengan slogan anti Yahudi dan pelekat menunjukka­n imej Frank.

Dalam padang, Inter mendahului 3-0 pada minit ke-54 dengan Milan Skriniar membuka jaringan pada minit ke18 sebelum Icardi menambah jaringan pada mini tke-32 dan 54 untuk gol ke-11 beliau dalam liga musim ini.

Inter mungkin hanya menduduki tangga teratas untuk kurang sehari selepas kemenangan kelapan dari 10 perlawanan – satu mata lebih banyak dari Napoli, yang boleh merampas kembali pendahulua­n liga jika menewaskan Genoa pada perlawanan lewat.

Walaupun menjaringk­an dua gol, Icardi tidak gembira dengan aksi hambar pasukannya pada lewat permainan.

“Kami harus bermain dengan lebih baik dan tidak bolos dua pada lewat permainan,” kata beliau.

“Kemenangan menggembir­akan tetapi perjalanan musim ini masih jauh dan kami perlu mengekalka­n rentak ini tetapi dalam masa yang sama tidak hilang fokus di lewat permainan.

Dawid Kownacki merapatkan kedudukan buat Sampdoria pada minit ke-64 sebelum Fabio Quagliarel­la mencemaska­n Inter dengan gol kedua Sampdoria, lima minit sebelum tamat permainan.

Inter bagaimanap­un berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat untuk mengutip tiga mata penuh. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia