Utusan Borneo (Sarawak)

Federer mudah ketepi Tiafoe di Basel

-

BASEL, Switzerlan­d: Roger Federer mudah mengenepik­an pemain remaja dari Amerika Syarikat (AS), Frances Tiafoe 6-1 dan 6-3 pada pusingan pertama kejohanan Dalam Dewan Switzerlan­d di sini Selasa lepas.

Federer, yang menewaskan Rafael Nadal pada final di Shanghai seminggu yang lalu, meneruskan rentak cemerlang di hadapan penyokong sendiri pada kejohanan di mana beliau pernah muncul juara sebanyak tujuh kali.

Pemain berusia 36 tahun itu akan bertemu dengan Benoit Paire dari Perancis, yang menewaskan seorang lagi pemain AS, Steve Johnson 6-3 dan 7-6(7/4).

“Saya berasa selesa sepanjang permainan. Perlawanan singkat tidak begitu penting kerana saya juga ada rehat keesokan hari. Walaupun jika ia tiga set, ia tidak mengapa,” kata Federer.

“Selagi saya menang, ia bagus. Saya berasa gembira untuk memenangi perlawanan pertama. Frances adalah lawan yang sukar di Terbuka AS.

“Perlawanan seterusnya menentang Paire juga sukar. Beliau lawan berbahaya pada kejohanan dalam dewan. Saya gembira kerana menemui rentak awal permainan di sini.”

Pada perlawanan lain, juara bertahan yang juga pilihan kedua kejohanan, Marin Cilic, juga meneruskan kemaraan selepas hanya bermain 30 minit apabila lawannya, Florian Mayer dari Jerman, menarik diri kerana kecederaan ketika ketinggala­n 3-6.

Pilihan ketiga, David Goffin, menewaskan Peter Gojowczyk dari Jerman 6-2 dan 7-5 dan pilihan kelima, Jack Sock dari AS, bangkit sebelum menewaskan Vasek Pospisil dari Kanada 3-6, 7-6(9/7) dan 7-5.

Leonardo Mayer dari Ar- gentina, mengejutka­n pilihan kelapan, Mischa Zverev 7-5 dan 7-5.

Juan Martin del Potro, juara kejohanan pada 2012 dan 2013, berkata beliau berharap untuk membina rentak terbaik permainan sejak akhir-akhir ini dalam usaha untuk memburu slot ke kejohanan akhir musim, Final ATP di London bulan hadapan.

Bekas juara Terbuka AS itu berkata masalah di pergelanga­n tangan kiri, ketika terjatuh semasa tewas di separuh akhir di Shanghai dua minggu lepas, tidak menjejaska­n permainann­ya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia