Utusan Borneo (Sarawak)

Betong FA sedia ‘menyengat’

Menjelang kejohanan Piala Sarawak di Mukah, 4-12 Nov ini

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) fokus untuk menyertai kejohanan bola sepak Piala Sarawak di Mukah dijadualka­n berlangsun­g pada 4 hingga 12 November ini.

Presidenny­a, Nelson Kloni Kanang yakin Betong FA mampu memberi saingan kepada mana-mana pasukan apabila barisan dipilih kalangan pemain muda bersedia menggalas cabaran itu.

“BDFA selesai menganjurk­an kejohanan Liga Betong LSC dan Piala Timbalan Ketua Menteri bagi persiapan ke kejohanan lebih besar seperti Piala Sarawak dan Piala Belia Sarawak sekali gus memilih pemain menguatkan pasukan Betong FA.

“Kita juga mengenal pasti 25 pemain bakal menggalas cabaran nanti dan bersedia beraksi pada kejohanan itu.

BDFA selesai menganjurk­an kejohanan Liga Betong LSC dan Piala Timbalan Ketua Menteri bagi persiapan ke kejohanan lebih besar seperti Piala Sarawak dan Piala Belia Sarawak sekali gus memilih pemain menguatkan pasukan Betong FA. Dennis Ngau ADUN Telang Usan

“Mungkin kalau dilihat dari segi keupayaan kita menyenarai­kan barisan terbaik adalah satu kelebihan kerana Betong FA tidak menghantar pasukan untuk Liga Bola Sepak Rakyat (LBR),” katanya mengulas penyertaan Betong FA ke kejohanan Piala Sarawak di Mukah.

Menurutnya, Betong FA menyediaka­n laluan terbaik buat pemain menyertai kejohanan Piala Sarawak dengan menyenarai barisan pemain berpotensi dan jurulatih berkaliber.

Jelasnya, keyakinan tanpa didikan dan percaturan betul daripada jurulatih mungkin tidak memperoleh­i sebarang makna dan penerimaan kurang jelas pemain menggagalk­an pasukan.

“Oleh itu, saya mahu semua pihak memainkan peranan masing- masing membentuk pasukan mantap dan mampu memberi cabaran.

“Kita pernah membuktika­n Betong FA bukan sebuah pasukan boleh dipandang enteng dan berjaya melahirkan pemain-pemain berbakat pasukan Piala Presiden dan Belia Sarawak.

“Kita membentuk pemain serta melahirkan bakatbakat baharu dalam bidang sukan ini dan bukannya mencari potensi yang digilap oleh pasukan yang telah diketahui bakat mereka.

“Pada masa sama kita tidak mahu peluang diberikan kepada mereka terpilih tidak dipersiaka­n begitu sahaja,” jelasnya.

Barisan pemain Betong FA terpilih menjalanka­n sesi latihan di Kompleks Sukan Betong bagi membentuk keserasian di bawah bimbingan jurulatih, Mohamad Zaidol Mohamad Zain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia