Utusan Borneo (Sarawak)

Futsal Piala Utusan Borneo Siri Keempat pada 25 dan 26 November

-

KUCHING: Utusan Borneo akan menganjurk­an Pertanding­an Futsal Piala Utusan Borneo 2017 Siri Keempat pada 25 dan 26 November ini.

Bertempat di Stadium Futsal Vikings, Jalan Matang- Batu Kawa di sini penganjura­n kali ini dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu Lelaki Bawah 23 Tahun, Lelaki Bawah 12 Tahun dan Terbuka Wanita.

Juara Kategori Lelaki Bawah 23 Tahun akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM2,000, piala, pingat dan sijil, naib juara bakal meraih RM1,500 piala, pingat dan sijil manakala tempat ketiga bersama RM500 berserta pingat dan sijil.

Manakala juara Kategori Terbuka Wanita bakal menerima wang tunai sejumlah RM800 berserta piala, pingat dan sijil, naib juara meraih wang tunai RM550 serta piala, pingat dan sijil manakala tempat ketiga bersama meraih RM300 serta pingat dan sijil.

Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 kepada juara berserta piala, pingat dan sijil manakala naib juara meraih RM600 berserta piala, pingat dan sijil. Tempat ketiga bersama menerima RM300 serta pingat dan sijil.

Borang penyertaan boleh diperolehi menerusi akhbar Utusan Borneo mulai hari ini.

Borang penyertaan juga boleh didapati di semua kedai cawangan Coneli Sports, Stadium Futsal Vikings atau Pejabat Utusan Borneo di Tingkat 2, Crown Towers Jalan Pending, Kuching.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 November 2017.

Maklumat lanjut sila hubungi Freddie di talian 013-8829673, Harry (0128074924) dan Saibi (0138817785).

Borang penyertaan Futsal Piala Utusan Borneo 2017 boleh didapati di Muka 5 akhbar ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia