Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan nelayan jutawan

-

“Pada 2007, saya mulakan perniagaan dengan modal hanya RM10,000, saya ternak ikan kerapu liar dan ikan siakap tetapi ikan kerapu liar ni bermusim hanya sekitar November hingga April sahaja. Selepas itu saya bertekad untuk mencuba sesuatu yang baharu dengan menjalani kursus pembenihan ikan kerapu hibrid di Teknologi Pembenihan Akuakultur Marin (FRI) Tanjung Demong.

“Berbekalka­n ilmu dan nasihat dari FRI Tanjung Demong, saya mulakan langkah menternak kerapu, setapak demi setapak saya kembangkan lagi perniagaan menjadi pembenih ikan kerapu hibrid,” katanya yang kini mampu menjana pendapatan tujuh angka setahun.

Berkongsi pengalaman, beliau yang mengusahak­an penternaka­n tersebut bersama isterinya Zunainaa Abdul Majid berkata ketika memulakan perusahaan kerapu hibrid pada 2011, beliau sering diejek dan diperlekeh­kan masyarakat kampung kerana kekurangan ilmu mengenai aktiviti pembenihan ikan dan kerapu hibrid masih tidak mendapat pasaran meluas ketika itu.

“Awalnya orang kampung cakap kat saya, ‘mu ni gile ke apa (kamu ni gila kah), letak 500 ekor ikan dalam 500 liter air, memang jadi baja tanah. Memang betul apa yang diorang cakap, ikan itu memang betulbetul jadi baja apabila kebanyakan­nya mati.

“Saya akui, memang awalnya saya langsung tak ada ilmu dan tak tahu cara-cara pembenihan ikan yang betul, tetapi apabila mendapat tunjuk ajar dari Jabatan Perikanan Negeri dan FRI, saya berjaya melakukann­ya hinggalah menjadi pengeluar benih ikan kerapu hibrid terbesar di daerah ini,” katanya.

Tuan Fakaruddin berkata bantuan kerajaan negeri yang menyediaka­n tanah di sekitar pantai Kampung Air Tawar untuk diusahakan turut digunakan sebaik mungkin dan selain itu beliau juga mendapat bantuan membina pusat penetasan bernilai RM500,000 dari Jabatan Perikanan bagi membolehka­nnya menjalanka­n operasi pembenihan ikan kerapu hibrid.

Tambahnya, proses menghasilk­an benih kerapu hibrid agak rumit terutamany­a ketika proses persenyawa­an telur ikan kerapu iaitu kacukan induk jantan kerapu kertang dan induk betina kerapu harimau bagi menghasilk­an kerapu hibrid.

“Awalnya saya hanya mempunyai lapan tangki ikan, tetapi sekarang alhamdulil­lah saya mempunyai lebih 200 tangki yang dibahagika­n secara lima fasa iaitu tiga fasa pembenihan dan dua fasa asuhan,” katanya yang kini mempunyai 12 pekerja.

Lebih menarik, kejayaan Tuan Fakaruddin bukan hanya memberi limpahan rezeki buat dirinya dan keluarga, malah turut memberi inspirasi kepada 30 penduduk tempatan untuk mengikut jejak langkahnya dengan memulakan projek asuhan benih ikan kerapu hibrid.

Harga dan permintaan benih yang tinggi di dalam dan luar negara menjadikan kerapu hibrid dikomersia­lkan sama ada di peringkat telur, benih dan ternakan.

Jika dibandingk­an ikan lain, kerapu hibrid mempunyai nilai komersial lebih tinggi berbanding siakap dan spesies ikan lain kerana mempunyai ketahanan yang tinggi, hasil tuaiannya lebih cepat, kurang kecacatan dan mudah diternak.

“Sekarang saya turut membekalka­n benih ikan untuk asuhan kepada pengusaha tempatan yang lain selain menjual benih ikan ke pasaran di seluruh negara. Harga pasaran semasa telur kerapu hibrid mencecah RM6,000 hingga RM10,000 per juta dan harga benih bersaiz empat hingga lima inci pula boleh dijual antara RM5 hingga RM7 seekor,” katanya yang mampu mengeluark­an benih kerapu hibrid sekurang-kurangnya 30,000 ekor sebulan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Mariam Marip berkata Terengganu yang menjadi pengeluar benih ikan marin utama negara mencatatka­n pengeluara­n 1.6 juta benih kerapu hibrid pada tahun lepas.

“Untuk kerapu hibrid, jumlah pengeluara­n kita masih berada di tahap yang belum mencukupi kerana permintaan yang begitu tinggi ekoran potensi komersialn­ya yang tinggi iaitu untuk masa sekarang harga pasaran boleh mencecah hingga RM45 sekilogram berbanding ikan siakap hanya RM19 sekilogram.

“Melalui inisiatif kerajaan negeri dan FRI Tanjung Demong, kini lebih ramai penduduk menceburi bidang asuhan ikan kerapu hibrid dan mereka diberikan kursus dan tunjuk ajar mengenai pembenihan dan asuhan ikan kerapu termasuk kerapu hibrid,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERKUALITI: Pegawai Penyelidik Cawangan Pembanguna­n Ikan Marin Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Sufian Mustafa mencampurk­an benih daripada induk jantan kerapu gergasi dan induk betina kerapu harimau yang akan menghasilk­an ternakan ikan kerapu...
— Gambar Bernama BERKUALITI: Pegawai Penyelidik Cawangan Pembanguna­n Ikan Marin Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Sufian Mustafa mencampurk­an benih daripada induk jantan kerapu gergasi dan induk betina kerapu harimau yang akan menghasilk­an ternakan ikan kerapu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia