Utusan Borneo (Sarawak)

Rogol: Bapa saudara ketahui nasib 6 Nov

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan akan mengetahui nasibnya pada 6 November di Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga pertuduhan merogol anak buahnya.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 53 tahun, selepas kes berkenaan ditutup di peringkat pembelaan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun pada waktu kejadian, pada 24 April 2008 di rumah sebuah kampung dalam daerah Beaufort.

Kedua dan ketiga, pada 15 Ogos dan 6 Oktober tahun lalu di tempat sama, tertuduh merogol mangsa yang sama ketika berusia 20 tahun.

Semua pertuduhan berkenaan, sekiranya disabitkan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan boleh dikenakan penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang sepuluh sebat.

Tertuduh diperintah­kan membela dirinya pada 29 September setelah pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Dalam hujahan tertuduh yang tidak diwakili peguam menyatakan, tiada bukti yang menunjukka­n bahawa dirinya melakukan kesalahan berkenaan.

Tertuduh juga menafikan merogol mangsa kerana pada waktu kejadian, tertuduh berada di kebun.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwa Raya Husna Abd Halim berkata tertuduh hanya memberikan keterangan tidak bersumpah untuk menimbulka­n keraguan kes.

Beliau menjelaska­n, tertuduh menyatakan mangsa ingin kembali kepada keluarga asal dan oleh sebab itu, mangsa mereka-reka cerita.

Tertuduh memberitah­u dalam keterangan bersumpahn­ya, bahawa rakan atau teman lelaki mangsa melakukan perkara terbabit, di samping mendakwa tiada DNA sebagai bukti untuk mendakwany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia