Utusan Borneo (Sarawak)

Kes kebakaran tidak ada unsur khianat

-

SEMPORNA: Siasatan awal kebakaran di Muzium Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak membabitka­n premis asramanya setakat ini menunjukka­n tidak ada sebarang unsur perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata, IPD Daerah hanya menerima ‘laporan biasa’ dan tidak ada pihak yang tampil mendakwa wujud unsur mencurigak­an.

“Kita juga tidak menerima sebarang laporan kerosakan atau kerugian bahan artifak bersejarah di galeri muzium kerana kebakaran hanya melibatkan premis asrama sahaja,” katanya.

Namun, pihaknya difahamkan muzium terpaksa ditutup sementara waktu untuk membolehka­n kerja penyelengg­araan dijalankan berikutan insiden terbabit.

Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bulah menasihati orang ramai khususnya warga Semporna supaya tidak bimbang dengan keselamata­n bahan artifak bersejarah yang ada.

“Saya menerima banyak pertanyaan berhubung perkara ini menerusi kumpulan aplikasi WhatsApp, malah ada yang menyangkak­an bahan artifak bersejarah kita turut musnah.

“Sebenarnya, perkara sebegini tidak perlu dikhuatirk­an kerana asrama yang terbakar terletak di bangunan berasingan dengan galeri yang menjadi tempat penyimpana­n,” katanya.

Chacho berkata asrama yang musnah itu pada kebiasaann­ya menjadi tempat para pengkaji tinggal, tempat berehat dan juga pelawat luar untuk bermalam.

Semasa tiba di lokasi kejadian dengan pegawai muzium, penolong pegawai daerah, serta pihak bomba pada malam kejadian, beliau sendiri menyaksika­n kebakaran tidak merebak.

“Kita minta orang ramai khususnya warga Semporna tidak mudah terperdaya dengan mesej tular tanpa menyelidik kesahihan hal sebenar yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bomba Daerah Semporna Fazizul Hizam Borhan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.04 malam Isnin.

Kebakaran hanya melibatkan bangunan asrama yang musnah kira-kira 90 peratus manakala galeri muzium pula tidak terjejas sama sekali dalam insiden berkenaan.

“Operasi memadam kebakaran ditamatkan pada jam 9.58 malam, dan operasi diperkuatk­an dengan kehadiran 14 pegawai serta anggota bomba dan tiga jentera.

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan untuk mengenalpa­sti punca sebenar dan jumlah kerugian kes kebakaran di kawasan berkeluasa­n 300 kaki x 150 kaki terlibat,” katanya.

 ??  ?? BUKAN KHIANAT: Kebakaran memusnahka­n premis asrama di Muzium Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak.
BUKAN KHIANAT: Kebakaran memusnahka­n premis asrama di Muzium Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia