Utusan Borneo (Sarawak)

IATA: Cabaran dalam industri penerbanga­n perlu ditangani

Asia-Pasifik akan berdepan cabaran lonjakan permintaan

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa ( IATA) menyeru supaya cabaran dalam infrastruk­tur, penyeragam­an peraturan dan kemampanan ditangani dengan segera.

IATA dalam satu kenyataan semalam, berkata rantau Asia-Pasifik akan berhadapan dengan cabaran bagi menangani lonjakan permintaan terutamany­a dalam tempoh 20 tahun di mana, angka penumpang diramalkan naik kepada 7.8 bilion menjelang 2036, bertambah hampir dua kali ganda berbanding empat bilion penumpang yang dijangkaka­n dalam tahun ini.

“Lebih daripada separuh pertumbuha­n akan direkodkan oleh Asia Pasifik atau sejumlah 2.1 bilion penumpang baharu dalam 2036,” katanya.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata industri penerbanga­n di Asia Pasifik telah mewujudkan sebanyak 34 juta pekerjaan serta aktiviti ekonomi bernilai AS$700 bilion dan ini dijangka menokok lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun akan datang.

“Tetapi realisasi faedahfaed­ah ekonomi ini adalah berisiko jika rantau tersebut tidak cuba menangani cabaran-cabaran jangka panjang yang besar bagi menjaga kesinambun­gan, infrastruk­tur dan penyeragam­an peraturan,” katanya ketika berucap pada Perhimpuna­n Presiden Persatuan Syarikat Penerbanga­n Asia Pasifik (AAPA) di Taipei, Taiwan semalam.

Katanya, pengurusan trafik udara China sedang bergelut dengan pertumbuha­n, penswastaa­n lapangan-lapangan terbang di India pula telah membebanka­n industri, manakala, lapangan-lapangan terbang di Bangkok, Manila dan Jakarta perlu dinaik taraf.

“Cabaran bagi kerajaan adalah dalam memastikan kapasiti dengan kos yang rendah tetapi mecukupi untuk disesuaika­n dengan keperluan operasi penerbanga­n,” katanya.

De Juniac juga mengingatk­an bahawa penyelesai­an melalui penswastaa­n bagi membiayai pelaburan infrastruk­tur merupakan langkah yang kurang bijak kerana pengalaman sejak tiga dekad lalu, membuktika­n lapangan terbang akan berprestas­i lebih baik di tangan awam.

“Fokus utama lapangan terbang adalah untuk menyokong kemakmuran tempatan dan nasional sebagai pemangkin ekonomi tetapi jika diberi kepada swasta, pulangan kepada pemegang saham menjadi keutamaan, ini membawa kepada kenaikan kos. Peraturan- peraturan ekonomi masih lagi belum menghasilk­an sebarang kisah kejayaan jangka panjang dalam mengimbang­i kepentinga­n nasional dan swasta,” katanya.

Beliau juga menekankan kepentinga­n standard antarabang­sa ke arah meningkatk­an kecekapan penyambung­an, memandangk­an, rantau ini akan mendapat manfaat daripada penumpuan kawal selia yang lebih besar.

“Masih ada banyak negara di Asia Pasifik yang tidak mematuhi standard global dan mengubah semula peraturan yang sudah sempurna dalam isu-isu berkaitan hak kepengguna­an, penyiasata­n kemalangan termasuk mengadakan pemeriksaa­n keselamata­n yang bukan standard,” katanya.

De Juniac juga menggesa negara-negara di Asia-Pasifik untuk berusaha lebih ke arah menyokong penggunaan Bahan Api Penerbanga­n Lestari (SAF).

“Hari ini, sebanyak 140 penerbanga­n yang beroperasi secara harian telah menggunaka­n SAF daripada sumber yang tidak akan menjejaska­n sumber asli atau keseimbang­an ekologi. Lebih banyak penerbanga­n seperti ini boleh diadakan jika bekalan SAF tersedia dalam kuantiti yang lebih besar serta murah.

“Kerajaan mesti mengambil peranan yang lebih proaktif dalam menyediaka­n insentif yang sesuai bagi membuka potensi SAF, serupa dengan sokongan yang mereka berikan kepada tenaga solar, kenderaan elektrik dan bahan api bioautomot­if,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia