Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis catat prestasi suku ketiga yang kukuh

-

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd mencapai prestasi keseluruha­n sukuan yang kukuh apabila merekodkan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA); margin EBITDA (bagi perolehan perkhidmat­an) dan keuntungan selepas cukai (PAT) tertinggi dalam tempoh lima tahun, pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2017.

Dalam kenyataan semalam, Maxis berkata, EBITDA berkembang 5.0 peratus kepada RM1.20 bilion daripada RM1.14 bilion yang dicatat pada suku yang sama 2016, sekali gus menunjukka­n usaha pengoptimu­man kos telah membawa kepada perolehan lebih tinggi dan keputusan kewangan positif.

“Margin EBITDA ( bagi perolehan pendapatan) kukuh pada 55.8 peratus berbanding 54.1 peratus tahun lepas, manakala keuntungan bersih meningkat 8.3 peratus kepada RM562 juta berbanding RM519 juta disokong oleh EBITDA lebih tinggi.

“Perolehan perkhidmat­an meningkat 2.0 peratus pada suku ini kepada RM2.15 bilion berbanding RM2.11 bilion yang dicatat setahun lepas, didorong oleh pascabayar yang mencatat pertumbuha­n mampan.

“Pasca bayar mencapai pertumbuha­n 9.3 peratus dengan perolehan RM1.06 bilion berbanding RM965 juta pada tahun lepas,” menurut Maxis.

Ketua Pegawai Eksekutif, Morten Lundal berkata: “suku ketiga 2017 merupakan tempoh yang kukuh bagi Maxis, dengan mencapai keuntungan sukuan tertinggi dalam tempoh lima tahun. Selain itu, rekod permintaan tinggi terhadap data dan rangkaian berkualiti tinggi kami telah meraih skor kepuasan pelanggan tertinggi sepanjang masa.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia