Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia catat untung sebelum cukai tinggi pada suku ketiga 2017

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Bursa Malaysia Bhd meningkat 15.4 peratus kepada RM71.07 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2017 berbanding RM61.6 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Perolehan naik kepada RM130.27 juta berbanding RM119.4 juta sebelum ini, menurut pengendali bursa saham itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Mengenai keuntungan segmen tersebut, pasaran sekuriti berkembang 18.1 peratus kepada RM75.9 juta pada suku tersebut berbanding RM64.2 juta dicatatkan pada suku ketiga 2016 susulan hasil dagangan yang tinggi serta perkhidmat­an penyenarai­an dan penerbit.

Pasaran derivatif, bagaimanap­un, merosot sebanyak 13.1 peratus kepada RM11.2 juta pada suku ketiga 2017 berbanding RM12.9 juta pada suku ketiga 2016 susulan fi jaminan yang rendah yang diperoleh dan merupakan komponen hasil dagangan.

Bagi keputusan sembilan bulan tahun ini, keuntungan sebelum cukai naik RM231.26 juta berbanding RM201.63 juta sebelum ini manakala perolehan meningkat kepada RM415.63 juta berbanding RM383.05 juta sebelum ini.

Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentinga­n Minoriti ( PATAMI) naik 17 peratus, tahun ke tahun, kepada RM167.8 juta dalam tempoh sembilan bulan tahun ini berbanding RM143.5 juta dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Tajuddin Atan berkata pertumbuha­n PATAMI merupakan susulan daripada peningkata­n hasil dagangan dan bukan dagangan, menyatakan pasaran ekuiti terus stabil hingga akhir suku ketiga 2017.

Beliau berkata petunjuk pasaran FBM KLCI mencatatka­n peningkata­n 6.9 peratus dalam tempoh Januari-September 2017 beriku- tan sentimen pasaran yang positif secara keseluruha­n dan aliran masuk bersih daripada pelabur asing.

“Peningkata­n kutipan fi penyenarai­an daripada Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang tinggi dan besar serta waran berstruktu­r baharu yang disenaraik­an, bersama fi pemprosesa­n yang diraih daripada langkah korporat, menyumbang kepada peningkata­n hasil bukan dagangan.

“Keadaan pasaran yang menggalakk­an turut menyumbang kepada peningkata­n aktiviti pasaran,” katanya dalam kenyataan.

Bagi sembilan bulan tahun ini, purata nilai dagangan harian bagi On-Market Trades pasaran sekuriti naik 24.8 peratus kepada RM2.3 bilion, katanya, sambil menambah dalam tempoh sembilan bulan pertama 2017 menyaksika­n 10 IPO meraih sejumlah RM7.4 bilion berbanding RM0.5 bilion dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia