Utusan Borneo (Sarawak)

Promosi makanan warisan perlu perbelanja­an khusus

Satu bahagian khas juga diperlukan untuk kendali promosi

-

PUTRAJAYA: Pertubuhan Pendidikan Digital Malaysia (MDEA) berharap Bajet 2018 akan menyediaka­n lebih banyak peruntukan untuk memperkasa sektor pendigital­an khususnya pendidikan digital bagi memenuhi keperluan kerja untuk ekonomi di negara ini, kata Presidenny­a Kahar Kamaruddin.

Beliau berkata, pendidikan digital dan ekonomi digital merupakan satu keperluan negara yang penting untuk tempoh jangka panjang bagi menjana hasil pendapatan yang stabil untuk menjamin urusan pentadbira­n yang cekap dan mampan.

“Kerajaan masih perlu fokus dan memperkema­skan lagi isi kandungan digital tempatan. Oleh itu, saya berharap pendidikan digital akan menjadi fokus dalam Bajet 2018 supaya isi kandungan digital dapat dibina mengikut gaya hidup, budaya dan keperluan Malaysia.

“Justeru, kita boleh men- didik masyarakat kita untuk lebih berinovasi dan kreatif, dan apabila hasilnya isi kandungan digital tempatan, ia boleh menampung keperluan negara selain dieksport ke luar negara,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai jangkaan beliau pada Bajet 2018.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentang­kan Bajet 2018 di Dewan Rakyat Jumaat ini. — Bernama SHAH ALAM: Usaha memperkena­lkan makanan warisan Malaysia ke luar negara memerlukan perbelanja­an yang khusus bagi membolehka­n kerja-kerja promosi dilakukan secara besar-besaran, kata Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata bagi tujuan itu, pihaknya telah mengemukak­an permohonan kepada kerajaan khasnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai keperluan tersebut supaya satu bahagian atau jabatan khas diwujudkan bagi menjalanka­n usaha-usaha promosi.

“Sekiranya kita tidak ada langkah positif ke arah itu, kita akan ketinggala­n (berbanding negara-negara lain). Kita tidak boleh hanya mengadakan usaha-usaha pelanconga­n tetapi dari segi pelanconga­n makanan tradisiona­l kita tidak begitu tersohor dan langkah-langkah yang dibuat oleh McD (Mc Donald) dan pizza (Pizza Hut) jelas mengatasi kita.

“Oleh itu, sebagai negara nusantara atau Malaysia sendiri kita perlu mempunyai satu serlahan baru menerusi makanan, seperti dikatakan oleh peribahasa antarabang­sa, ‘ mengenal sesuatu bangsa biarlah melalui makanannya’ dan ini harus kita pegang,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas menyampaik­an ucaptama dan merasmikan Simposium Makanan Warisan 2017 di sini semalam, yang merupa- kan usaha sama antara Pusat Pengajian Seni Kulinari dan Gastronomi, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam dan Jabatan Warisan Negara.

Simposium yang julung kali diadakan itu bertujuan mewujudkan kesedaran dan keprihatin­an dalam kalangan warga akademik serta masyarakat mengenai kepentinga­n makanan warisan selain bertujuan menjadi penggerak untuk mengangkat dan memartabat­kan makanan tradisi warisan Malaysia ke tahap yang tinggi.

Terdahulu dalam ucaptamany­a, Rais berkata budaya makanan warisan perlu dikembangk­an seiring dengan kemajuan dunia yang terdedah kepada pelbagai unsur makanan segera.

Menurut beliau, pengambila­n makanan segera yang semakin popular serta lebih global menjadikan ia seakanakan makanan ruji kepada generasi muda hari ini.

“Kini trend baru adalah lebih ke arah makanan Asia lain dan kurang kepada makanan tradisiona­l warisan bangsa.

Kemasukan budaya makanan asing telah menggugat kedudukan makanan tradisi, maka perlu ditekankan bahawa promosi makanan tempatan yang luar biasa boleh mewakili identiti komuniti, mengukuhka­n imej tempatan dan identiti serantau, sekali gus membantu untuk mempromosi­kan budaya makanan tempatan serta warisan bangsa Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAKANAN WARISAN: Rais (tengah) melawat ruang jualan kuih tradisiona­l Melayu selepas merasmikan Simposium Makanan Warisan 2017 di Intekma Resort and Convention Centre, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama MAKANAN WARISAN: Rais (tengah) melawat ruang jualan kuih tradisiona­l Melayu selepas merasmikan Simposium Makanan Warisan 2017 di Intekma Resort and Convention Centre, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia