Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota kumpulan pop 60-an The Jayhawkers meninggal dunia

-

SEREMBAN: Seorang anggota The Jayhawkers, kumpulan kugiran pop yeh yeh era 60-an, Johami Abdullah, 73, atau Joe Chelliah meninggal dunia di kediamanny­a di Taman Pinggiran Golf di sini pagi semalam akibat barah otak.

Isteri Allahyarha­m, Nohamidah Abdul Hamid, 67, berkata suaminya dikesan menghidap barah otak sejak November tahun lepas.

“Beliau meninggal dunia di kediaman kami kira-kira 4.20 pagi dan ketika itu saya yang menjaganya sepanjang malam. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selama dua hari untuk rawatan rutin.

“Beliau ada berkata kepada saya bahawa dia kuat walaupun dia sebenarnya sedang sakit sehinggala­h beliau meninggal dunia. Arwah tidak pernah merungut tentang sakitnya,” katanya kepada Bernama.

Jenazahnya dikebumika­n di Makam Haji Said di sini selepas waktu zohor semalam.

Antara rakan artis yang hadir memberi penghormat­an terakhir ialah penyanyi Roziah Latiff iaitu penyanyi utama kumpulan Jayhawkers, Datuk A. Rahman Hasan dan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.

Allahyarha­m meninggalk­an isteri dan tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki.

Johami atau nama lebih dikenali sebagai Joe Chelliah yang dilahirkan di Muar, Johor pernah men- yambung pengajian bagi Sijil Guru Pakar ( muzik) di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur ( 1976) dan melanjutka­n pelajaran peringkat Sarjana Muda Kesenian (Pendidikan Muzik) di Lowa Universiti, Amerika Syarikat (1986) dan Sarjana Kesenian (Muzik) di universiti yang sama setahun kemudian.

Johami pernah menyandang jawatan Ketua Jabatan Muzik di Specialist Teachers College (1996), Presiden Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (2000-2012), Penasihat Kehormat Fakulti Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (2007) dan Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA) pada 2012. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AIR MAWAR: Roziah menyiram air mawar di pusara Allahyarha­m Johami yang meninggal dunia di kediamanny­a di Taman Pinggiran Golf jam 4.20 pagi semalam akibat barah otak di Seremban, semalam.
— Gambar Bernama AIR MAWAR: Roziah menyiram air mawar di pusara Allahyarha­m Johami yang meninggal dunia di kediamanny­a di Taman Pinggiran Golf jam 4.20 pagi semalam akibat barah otak di Seremban, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PEMIMPIN KUGIRAN: Allahyarha­m Joe Chelliah adalah pemimpin kugiran Jay Hawkers bersama penyanyi Roziah Latif dan bekas pensyarah muzik di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) di Seremban, semalam.
— Gambar Bernama PEMIMPIN KUGIRAN: Allahyarha­m Joe Chelliah adalah pemimpin kugiran Jay Hawkers bersama penyanyi Roziah Latif dan bekas pensyarah muzik di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) di Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia