Utusan Borneo (Sarawak)

‘PERLAWANAN HIDUP MATI’

Peminat, penyokong setia diminta memberi sokongan padu kepada Sarawak malam esok

- Oleh Harry Ilias

Perlawanan terakhir Liga Super Sabtu ini ibarat ‘hidup mati pasukan Sarawak’ dalam saingan Liga Super musim ini. Jika menang kita akan kekal dalam Liga Super musim depan. Datuk Posa Majais Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS), Datuk Posa Majais menyeru orang ramai datang beramai-ramai ke Stadium Negeri, Petra Jaya di sini untuk memberikan sokongan padu kepada Sarawak pada perlawanan penutup tirai Liga Super 2017 menentang T-Team malam esok.

Menurutnya, Sarawak amat memerlukan sokongan padu daripada penyokongp­enyokong pasukan tuan rumah untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Sarawak sekali gus kekal dalam kancah Liga Super musim depan.

“Perlawanan terakhir Liga Super Sabtu ini ibarat ‘hidup mati pasukan Sarawak’ dalam saingan Liga Super musim ini. Jika menang kita akan kekal dalam Liga Super musim depan.

“Justeru, saya menyeru penyokong-penyokong hadir beramai- ramai memenuhi Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok (Sabtu) untuk memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada skuad Sarawak.

“Saya percaya dengan sokongan ramai akan membakarka­n semangat perjuangan tinggi semua pemain untuk berjuang habis-habisan memburu kemenangan mutlak,” katanya di sini semalam.

Beliau juga memberitah­u FAS masih meneruskan polisi ‘beli satu percuma satu’ tiket untuk menonton perlawanan Liga Super - Sarawak menentang T-Team malam esok.

Posa mengingatk­an pe- main-pemain skuad Sarawak agar mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali perlu menewaskan T-Team untuk mengekalka­n pasukan kita dalam liga musim depan.

“Kita lebih berpeluang kerana bermain di laman sendiri, justeru gunakan kelebihan itu sebaik-baiknya untuk meraih kemenangan mutlak.

“Saya optimis semua pemain juga sedar akan tanggungja­wab mereka dan pasti- nya tidak akan membiarkan Sarawak tersingkir ke Liga Perdana musim depan,” katanya.

Semua perlawanan penutup Liga Super 2017 malam esok bermula jam 9 malam.

Terdahulu, Posa mengetuai delegasi FAS melakukan kunjungan ke wad kanak-kanak di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini semalam.

Hadir sama pada lawatan itu Pengarah HUS, Dr Chin Zin Hieng serta beberapa Exco FAS, pegawai-pegawai dan pemain-pemain pasukan Sarawak.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMALAH: Posa (kanan) menyampaik­an jersi pasukan Sarawak kepada Dr Chin semasa kunjungan ke wad kanak-kanak di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching semalam.
TERIMALAH: Posa (kanan) menyampaik­an jersi pasukan Sarawak kepada Dr Chin semasa kunjungan ke wad kanak-kanak di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia