Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2018 ambil kira kepentinga­n rakyat: PM

Pengurusan yang baik, sangat berhati-hati turut ambil berat kepentinga­n rakyat, majukan negara

-

PUTRAJAYA: Bajet 2018 akan merupakan bajet inklusif yang mengambil kira kepentinga­n rakyat dari semua lapisan masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain memperkena­lkan lebih banyak program untuk rakyat, termasuk yang belum dilaksanak­an sebelum ini, beliau berkata pembangkan­g juga akan mendapat bahagian yang saksama daripada bajet tersebut.

Bercakap pada taklimat media kepada para editor di sini semalam, beliau berkata Bajet 2018, yang akan dibentangk­an di Parlimen hari ini, juga akan menekankan isuisu berkaitan belia, agenda Bumiputera, Pelan Tindakan masyarakat India serta yang berkaitan masyarakat Cina.

Bajet itu juga akan meli- batkan bidang-bidang yang mewujudkan sumber pertumbuha­n baharu untuk negara, serta kekayaan baharu untuk rakyat, menangani cabaran dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0, Digital Malaysia, kesalinghu­bungan serta melabur dalam infrastruk­tur yang menyokong pertumbuha­n ekonomi yang kukuh.

Najib berkata bajet itu tidak sepatutnya dilihat sebagai satu senarai permintaan sahaja, berapa banyak yang diperoleh, tetapi dilihat dalam konteks keseluruha­n pengurusan ekonomi dan kewangan yang kukuh di negara ini.

“Pengurusan yang baik ( kerajaan) sangat bertanggun­gjawab, sangat berhatihat­i tetapi pada masa yang sama mengambil berat terhadap kepentinga­n rakyat dan memajukan negara dari segi pertumbuha­n ekonomi yang mampan.

“Bukan kerana anda mahu menjadi kerajaan populis tetapi ia mesti didasarkan pada ekonomi modal dan ekonomi rakyat. Oleh itu, apa yang kita lakukan mestilah bertanggun­gjawab, boleh dipercayai dan mampan,” jelasnya.

Perdana Menteri juga berkata kepentinga­n rakyat akan terjejas sekiranya negara tidak mencatatka­n pertumbuha­n atau menikmati keyakinan pasaran global atau jika agensi penarafan tidak memberikan kad laporan yang baik.

Beliau berkata kerajaan amat konsisten dalam rancangan dan dasarnya dan mereka bukanlah yang tidak tetap pendirian.

“Kerajaan ini konsisten dan bukan flip-flop (tidak tetap pendirian). Kerajaan ini boleh terus berada di landasan yang sama dan akan mempunyai tonggak penting yang diukur dalam matlamat jangka panjang untuk negara.

“Apa yang diperlukan oleh rakyat ialah kerajaan yang memberi mereka kepastian tentang apa yang menjadi dasar ekonomi negara,” kata beliau, sambil menambah bahawa rakyat berhak mendapat manfaat daripada pertumbuha­n dan kemajuan ekonomi.

Pertumbuha­n ekonomi bagi tahun ini dijangka melebihi lima peratus seperti yang diunjurkan oleh kebanyakan agensi antarabang­sa selepas mencatatka­n pertumbuha­n 5.7 peratus pada separuh pertama. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PERSIAPAN TERAKHIR: Najib dan Johari (tiga kanan) menunjukka­n buku Laporan Ekonomi semasa meninjau persiapan terakhir Bajet 2018 di Kementeria­n Kewangan, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PERSIAPAN TERAKHIR: Najib dan Johari (tiga kanan) menunjukka­n buku Laporan Ekonomi semasa meninjau persiapan terakhir Bajet 2018 di Kementeria­n Kewangan, Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia