Utusan Borneo (Sarawak)

DISERET BUAYA

Mayat lelaki hilang sejak petang Selasa lepas ditemui di Sungai Gedong.

- Oleh Jeremy Lanson

SIMUNJAN: Penduduk kampung gempar apabila melihat seekor buaya sedang mengheret mayat di Sungai Gedong di sini sekitar jam 6.30 pagi semalam.

Difahamkan, selepas berjaya mengalih perhatian buaya tersebut yang kemudian melepaskan mayat berkenaan, didapati ia adalah mayat Nazip Abang, 33, yang dilaporkan hilang oleh keluargany­a sejak petang Selasa lepas.

Penduduk kampung kemudian segera memaklumka­n kepada anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung ketika sedang diseret seekor buaya di Sungai Gedong dan selepas berjaya menghalau buaya berkenaan, mereka mendekati mayat tersebut dan mengenal pasti identitiny­a seterusnya memaklumka­n kepada anggota SAR,” kata sumber.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii semasa dihubungi mengesahka­n penemuan itu dan memberitah­u mayat tersebut telah dibawa ke Pusat Kawalan Operasi.

“Komander operasi melaporkan mangsa yang dipercayai lemas telah dijumpai penduduk kampung dan dengan penemuan mayat tersebut, operasi SAR Gedong ditamatkan pada jam 8.30 pagi tadi (semalam),” katanya.

Menurutnya lagi, mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan dihantar ke Hospital Simunjan untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluargany­a untuk pengebumia­n.

Nazip dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan sejak Selasa lepas dan tidak pulang ke rumah oleh keluargany­a selepas kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya sekitar jam 12 tengah hari.

Keluargany­a yang turut dibantu penduduk kampung terpaksa mencarinya pada hari tersebut dan menjumpai bot mangsa pecah di tebing sungai Lubok Ngeris.

“Keluarga serta penduduk kampung telah melakukan pencarian awal dan menjumpai bot milik mangsa pecah di tebing sungai Lubok Ngeris, tetapi mangsa masih gagal dijumpai.

“Keluarga mangsa kemudian terus membuat laporan dan operasi SAR mangsa dilancarka­n seawal jam 6.15 pagi tadi (semalam),” kata jurucakap bomba yang dipetik dalam satu kenyataan akhbar semalam.

 ??  ?? BEDAH SIASAT: Mayat mangsa diusung oleh anggota penyelamat untuk dihantar ke Hospital Simunjan bagi tujuan bedah siasat. PERAHU MANGSA: Anggota SAR melihat perahu mangsa yang ditemui pecah pada hari kejadian.
BEDAH SIASAT: Mayat mangsa diusung oleh anggota penyelamat untuk dihantar ke Hospital Simunjan bagi tujuan bedah siasat. PERAHU MANGSA: Anggota SAR melihat perahu mangsa yang ditemui pecah pada hari kejadian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia