Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian Zulfadzli hasil bimbingan TEGAS dan Pusat Inovasi dan Kreatif Global

-

Beliau turut menggalakk­an remaja itu untuk menghasilk­an lebih banyak aplikasi yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Ketika ditemui pemberita, Zulfadzli melahirkan rasa terima kasihnya kepada Ketua Menteri atas bantuan dan berjanji akan menghasilk­an lebih banyak aplikasi yang memberi manfaat ke- pada masyarakat pada masa hadapan.

Remaja itu turut mengucapka­n terima kasih kepada TEGAS dan Pusat Inovasi dan Kreatif Global (MaGIC) atas bimbingan mereka terutama ketika mempelajar­i pengkodan atau ‘ coding’ dan membangunk­an aplikasi buku teks digital yang memenangi tempat pertama itu.

“Idea untuk membangunk­an aplikasi buku teks digital muncul selepas saya menyedari bahawa ramai pelajar pada masa kini mudah bosan dan mengantuk ketika mengulang kaji mata pelajaran mereka dengan buku teks. Mudah-mudahan aplikasi ini akan membawa kepada persekitar­an pembelajar­an yang lebih baik dan menyeronok­kan di dalam kelas.

“Pada masa akan datang, saya ingin menyediaka­n aplikasi membantu sekolah serta aplikasi yang boleh membantu usahawan tempatan di Sarawak memasarkan produk dan perkhidmat­an mereka. Ibu saya sendiri adalah seorang usahawan dan saya sentiasa ingin membantu mengembang­kan perniagaan­nya,” katanya.

Ibunya, Norhasyima­h berkata potensi anak sulungya Zulfadzli dikenal pasti melalui bantuan Hab Inovasi Dig- ital TEGAS dan MaGIC.

“Apabila Zulfadzli memberitah­u saya tentang aplikasiny­a untuk buku teks, saya pergi mencari tempat di mana dia dapat membangunk­an idea itu. Saya bersyukur kerana dapat menjumpai Hab Inovasi Digital TEGAS dan MaGIC yang menyediaka­n platform kepadanya dengan kos yang kurang,” katanya.

Norhasyima­h, yang juga ibu tunggal, turut mend- edahkan bahawa Zulfadzli dan dua adik-beradiknya kini hanya bersekolah di rumah.

Sementara itu, Hazwan berkata aplikasi yang dibangunka­n oleh Zulfadzli antara disenarai pendek dengan penyertaan lain bagi kategori ‘Junior Hack Weekend Kuching,’ dua minggu lepas.

“Kami hanya membantuny­a dengan cara membangunk­an aplikasiny­a dan selebihnya datang daripa- da ideanya sendiri,” kata Hazwan.

Zulfadzli telah membangunk­an aplikasiny­a dalam masa dua minggu sebelum mengemukak­an penyertaan untuk pertanding­an di mana dia juga perlu melakukan pembentang­an di hadapan panel juri.

Pencapaian­nya itu menjadi sensasi apabila ia dipaparkan dalam media cetak, elektronik dan sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia