Utusan Borneo (Sarawak)

Kunjungi Karnival NTFP Sarawak 2017 di Tebingan Kuching

-

KUCHING: Karnival Produk Hutan Bukan Kayu (NTFP) Sarawak 2017 bagi edisi kedua berlangsun­g di Tebingan Kuching bermula 26 hingga 30 Oktober ini.

Inisiatif Jabatan Hutan Sarawak, karnival ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang untuk Program Pembanguna­n Insan: Peningkata­n Taraf dan Kualiti Hidup Komuniti Projek Jantung Borneo atau Heart of Borneo (HOB) di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pada tahun lepas karnival NTFP mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang awam dengan jumlah hasil jualan mencecah RM73,156.10.

Tahun ini katanya, karnival ini turut mendapat sambutan menggalakk­an dengan penyertaan meningkat kepada 115 peserta berbanding 76 peserta tahun lepas.

“Sebanyak 38 gerai pameran disediakan pada karnival kali ini melibatkan produk-produk makanan termasuk garam bukit, beras, madu kelulut, kayu manis, produk daripada kulit kayu seperti lukisan, topi, baju dan rantai kunci, herba dan banyak lagi.

“Selain daripada itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik lain seperti pertanding­an gubahan, karaoke, mewarna, demo potpuri bunga kering dan pertunjuka­n busker serta persembaha­n oleh artis tempatan terkenal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Karnival NTFP Sarawak 2017 yang berlangsun­g di Tebingan Kuching di sini semalam.

Karnival tersebut dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Muda Pembanguna­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Pengarah Hutan Sarawak Sapuan Ahmad serta yang lain.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua me- nambah, selain karnival ini beberapa program berkaitan komuniti HOB juga telah dijalankan sepanjang tahun ini untuk pembanguna­n komuniti dan ekopelanco­ngan.

PihakJabat­anHutanSar­awak melalui Bahagian Perhutanan Sosial juga katanya, telah mengambil langkah pendekatan berkaitan herba dan pokok ubat-ubatan dalam kalangan komuniti berkonsepk­an Satu Projek Satu Bahagian.

“Secara tidak langsung program-program ini telah memberi peluang pekerjaan sampingan kepada komuniti khususnya yang berada di kawasan HOB.

“Kita berharap karnival ini akan dapat meningkatk­an hasil jualan pihak komuniti dan membantu mempromosi­kan NTFP yang dihasilkan komuniti sendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia