Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan barangan petroleum mesti memiliki lesen

KPDNKK berhak menyita petrol, diesel atau LPG dijual tanpa lesen oleh mana-mana premis atau individu

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Tiada kompromi diberikan kepada pengusaha kecil atau peruncit menjual barangan berunsur petrolem secara tidak sah.

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) berhak menyita petrol, diesel atau gas petroleum cecair (LPG) dijual tanpa lesen oleh mana-mana pihak, premis atau individu.

“Kami menyita barangan petroleum dengan serta-merta jika didapati dijual secara tidak sah atau tanpa permit dibenarkan,” kata Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak Abdul Hafidz Abdul Rahim kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau berkata demikian setelah selesai mesyuarat bersama pemborong, peruncit dan pembekal minyak di sini.

Menurutnya, menjual barangan berasaskan petroleum harus mempunyai permit sah kerana banyak aspek keselamata­n perlu dilihat.

“Perlu ada kelulusan daripada pihak keselama- tan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pihak berkuasa tempatan,” jelasnya.

Selain keselamata­n, kesesuaian tempat menjual barangan berkenaan turut diambil kira sebelum permit dikeluarka­n.

Sementara itu, mengenai menyuarat pula, ia bertujuan memastikan pengusaha min- yak merekodkan jualan.

“Ini memastikan barangan kawalan disebutkan mempunyai rekod dan lebih teratur,” katanya.

Ini juga memastikan stok atau pengguna tidak putus bekalan barangan terkawal pada satu-satu masa.

Di samping itu, mereka perlu menghadiri taklimatta­klimat khas sama ada oleh KPDNKK, bomba mahupun pihak berkuasa tempatan sebelum menjual barangan terkawal.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua KPDNKK Mukah Moss Baok.

Kami menyita barangan petroleum dengan serta-merta jika didapati dijual secara tidak sah atau tanpa permit dibenarkan. ” Abdul Hafidz Abdul Rahim Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak

 ??  ?? TEGAS: Abdul Hafidz ( kiri) ditemani Moss ketika selesai mesyuarat semalam.
TEGAS: Abdul Hafidz ( kiri) ditemani Moss ketika selesai mesyuarat semalam.
 ??  ?? PENERANGAN: Pegawai BDA (kanan) menerangka­n beberapa butiran tentang bidang perlu diperbetul­kan oleh pengusaha perniagaan.
PENERANGAN: Pegawai BDA (kanan) menerangka­n beberapa butiran tentang bidang perlu diperbetul­kan oleh pengusaha perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia