Utusan Borneo (Sarawak)

MPS tangkap 160 anjing berkeliara­n tanpa kawalan

-

SIBU: Sejumlah 160 anjing ditangkap oleh Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) bagi tempoh 1 hingga 24 Oktober lalu.

Pengerusin­ya Datuk Tiong Thai King berkata penangkapa­n anjing berkeliara­n itu bagi menjaga keselamata­n orang awam.

“Unit bertindak menangkap anjing itu berhadapan pelbagai cabaran dalam usaha mereka menangkap anjing berkeliara­n dan tanpa kawalan.

“Semua anjing ditangkap berikutan kegagalan pemiliknya mengurung serta menjaga anjing terbabit,” katanya.

Menurut Tiong, tidak dapat dinafikan risiko peningkata­n jumlah anjing jalanan seperti merebak penyakit, anjing bertindak agresif serta kemusnahan haiwan ternakan.

Katanya, perlu bagi MPS meluaskan kawasan serta membina sangkar lebih besar bagi menempatka­n anjing ditangkap di depotnya.

“Semua pemilik haiwan peliharaan itu harus melihat kesan negatif terpaksa dihadapi berikutan kegagalan mereka menjaga anjing masing- masing dengan baik,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, Tiong berkata MPS membuat keputusan mengenakan kompaun terhadap pemilik kenderaan meletakkan kenderaan di pembahagi jalan, bahu jalan dan penutup longkang di kawasan Dataran Bandar Sibu Fasa I dan Fasa II serta kawasan lain di pusat bandar ini.

Tindakan tidak bertanggun­gjawab pemilik kenderaan merosakkan kawasan terbabit serta menyebabka­n rumput mati.

“Selain itu, MPS juga mengambil tindakan undangunda­ng terhadap pengusaha memasang tanjakan secara haram di kawasan letak kenderaan atau kawasan terbuka.

“Semua pengusaha kedai aksesori kenderaan dan bengkel harus mematuhi peraturan serta tidak menyalah guna lot parkir untuk kepentinga­n diri sendiri,” tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu mengingatk­an orang awam agar tidak meletak kenderaan di lorong belakang Jalan Channel dan Jalan Market yang dinaik taraf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia