Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga dinasihat mohon lesen sah dengan segera

-

BINTULU: Pengusaha perniagaan yang masih belum memohon lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dinasihatk­an memohon lesen dengan segera sebelum 23 November depan.

Penolong Pengurus Besar (Perkhidmat­an Alam Sekitar) Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Wan Ibrahim Wan Ali memberi amaran, kegagalan peniaga mematuhi peraturan itu membolehka­n peniaga terbabit diambil tindakan undang-undang.

Katanya sesi dialog dijalankan bagi menjelaska­n bidang teknikal dan keperluan perlu dipenuhi peniaga mendapatka­n lesen perniagaan.

“BDA menemui 46 premis rumah penginapan/hotel bajet, 24 premis kedai kopi dan restoran serta 17 premis dobi masih beroperasi tanpa lesen sah,” katanya pada sesi dialog dengan pengusaha perniagaan tidak berlesen di sini kelmarin.

Beliau berkata, terdapat banyak faktor menyebabka­n permohonan mereka ditolak dan mereka mesti melakukan pembetulan sebelum permohonan diluluskan.

“Kami bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan pegawai BDA menjelaska­n apa diperlukan untuk memohon lesen dan adalah penting mendapatka­n lesen yang sah daripada BDA,” jelasnya.

Wan Ibrahim berkata, BDA kini menggunaka­n pendekatan perundinga­n serta mendekati pengusaha terbabit untuk mengetahui masalah dihadapi kumpulan itu.

“Jika mereka memerlukan penjelasan lanjut boleh meminta sesi lain dan kami mahu mereka mematuhi undang-undang.

“Kami tidak mahu memaksa mereka, jika orang lain boleh memohon, mereka juga boleh memohon dan jika boleh kami tidak mahu membawa mereka ke mahkamah,” tegasnya.

Katanya dialog itu landasan terbaik untuk pegawainya mendekati pengusaha perniagaan dan memahami kesulitan mereka.

“Selain mengeluark­an surat amaran yang cuba kami elakkan, dialog ini diharapkan dapat mencapai sasaran untuk golongan terbabit dengan lebih berkesan,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Wan Hamid serta isteri Sharifah Zaidah dan Napsiah memotong kek sempena majlis perasmian konvokesye­n itu semalam.
RASMI: Wan Hamid serta isteri Sharifah Zaidah dan Napsiah memotong kek sempena majlis perasmian konvokesye­n itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia