Utusan Borneo (Sarawak)

Rabies: Benarkan pihak berkuasa kawal pergerakan anjing liar di ladang

-

KUCHING: Semua pengusaha ladang dalam kawasan wabak rabies atau anjing gila diminta untuk membenarka­n pihak berkuasa memasuki dan mengawal pergerakan anjing liar di kawasan ladang masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri selaku Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia bagi mengekang penyebaran wabak tersebut di ladang dalam kawasan wabak rabies.

“Pengusaha ladang juga perlu mendaftar semua anjing peliharaan pekerja ladang masing-masing agar dapat diberi vaksin dan pada masa sama melarang pekerja ladang asing membawa anjing dari tempat asal mereka.

“Sekiranya ada melihat anjing liar yang meragukan ( mempunyai tanda- tanda rabies) laporkan segera kepada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) atau Majlis Daerah dengan kadar segera,” katanya menerusi kenyataan akhbar selepas mempengeru­sikan Majlis Dialog Wabak Rabies Bersama Pengusaha Ladang di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Sehubungan itu, Uggah berharap dengan adanya kerjasama yang diberi semua pengusaha ladang, maka penyebaran wabak rabies yang berada di kawasan ladang masing-masing dapat dibendung dengan berkesan.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu menjelaska­n bahawa antara kawasan yang terlibat dengan wabak rabies adalah bahagian Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman.

Beliau memberitah­u, dialog itu turut memberi maklumat terkini berhubung status wabak rabies yang telah dibentangk­an Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (DVS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) kepada semua pengusaha ladang tersebut.

Antara pengusaha ladang yang hadir adalah Tabung Haji Plantation­s, SALCRA, FELCRA, BOUSTEAD Sdn Bhd dan Rimbunan Hijau.

Sementara itu, menurut laporan JPVS, statistik survelan wabak rabies, secara kumulatif sebanyak 40,527 haiwan kesayangan yang terdiri daripada 32,578 anjing, 7,904 kucing dan 45 haiwan lain telah divaksinsi.

Sebanyak 45,695 survelan aktif dan 1,991 survelan pasif untuk mengawal penularan wabak rabies telah dilakukan di kawasan Kuching, Sri Aman, Samarahan dan Serian.

Manakala bagi keputusan persampela­n wabak rabies, bilangan keputusan sampel diterima untuk virus rabies masih kekal sebanyak 266 daripada 270 sampel dihantar ke VRI Ipoh.

Sampel tersebut adalah terdiri daripada 245 sampel anjing, 24 sampel kucing dan satu sampel kelawar.

Daripada 266 keputusan kes, 53 atau 20 peratus yang terdiri daripada 47 sampel anjing dan enam sampel kucing telah disahkan positif virus rabies.

Pengawalan populasi anjing terbiar, operasi bersepadu bersama Kementeria­n Kerajaan Tempatan telah menangkap sebanyak 2,040 ekor anjing dari bahagian Kuching, Sri Aman, Sarikei, Samarahan, Betong dan Serian.

Dari segi kempen kesedaran wabak rabies, Sebanyak 491 kempen kesedaran telah diadakan di sekolah, kampung dan tempat awam terutama di kawasan yang dijangkiti wabak tersebut yang dihadiri kira-kira 36,363 peserta.

Bagi laporan harian Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bagi kes gigitan haiwan dan orang yang menerima suntikan vaksin anti rabies, sebanyak 22 kes gigitan haiwan baharu dilaporkan semalam.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan haiwan yang berlaku mulai 1 April 2017 sehingga semalam adalah berjumlah 4,342 kes.

Secara kumulatif juga, seramai 1,598 orang telah menerima suntikan vaksin anti-rabies.

Justeru, kewajipan mengurung dan larangan membawa keluar anjing dari kawasan wabak rabies mengikut Sek- syen 37(2) & (3) Ordinan Kesihatan Awam 1999, adalah menjadi kesalahan untuk membiarkan anjing lepas bebas dan membawa keluar anjing tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Veterinar Negeri dari kawasan yang dijangkiti wabak rabies.

Denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya dikenakan jika sabit kesalahan.

 ??  ?? ANUGERAH: Abang Johari menerima anugerah Melvin Jones Fellowship daripada Francis pada majlis berkenaan malam kelmarin.
ANUGERAH: Abang Johari menerima anugerah Melvin Jones Fellowship daripada Francis pada majlis berkenaan malam kelmarin.
 ??  ?? TANGANI RABIES: Uggah bersama Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
TANGANI RABIES: Uggah bersama Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia