Utusan Borneo (Sarawak)

Penanaman kelapa sawit lonjak ekonomi rakyat

Usaha diperkenal k’jaan beri manfaat kepada rakyat

- Oleh Watt Zacchaeus

KANOWIT: Inisiatif penanaman kelapa sawit di atas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) secara usaha sama antara syarikat dan pemilik tanah adalah landasan terbaik melonjakka­n ekonomi rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Ngemah Alexander Vincent berkata usaha diperkenal­kan kerajaan itu banyak memberi manfaat kepada rakyat di kawasan luar bandar.

Jelasnya, konsep membayar terlebih dahulu dividen kepada pemilik tanah NCR sebelum benihnya ditanam turut memperliha­tkan kerajaan bersungguh- sungguh meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Sekarang, belum ada hasil syarikat sudah bayar dividen kepada pemilik tanah NCR. Kalau dahulu, konsepnya lain dan kita terpaksa menunggu hasilnya sebelum dividen dibayar.

“Inilah konsep sangat baik diperkenal­kan kerajaan dan amat menguntung­kan rakyat,” katanya pada Majlis Penanaman Pertama Kelapa Sawit Projek Pembanguna­n Tanah NCR Ta Ann Pelita Ngemah Sdn Bhd di Sungai Poi-Dap, di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings Sdn Bhd Datuk Amar Hamed Sepawi, Pengarah Urusan Ta Ann Plantation Sdn Bhd Datuk Wong Kuo Hea, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Ta Ann Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kanowit Herman Gilbert, Pemanca Spencer Kudang dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Kawasan (ADC) Poi Kaunselor Tuai Rumah Gerunsin Kunding.

Penanaman melibatkan Blok C merangkumi kawasan Poi, Dap dan Ngemah mempunyai keluasan kasar 17,017 hektar dan melibatkan sebanyak 71 rumah panjang terdiri daripada 1,456 pintu dengan anggaran penduduk seramai 11,249 orang.

Kos dibayar dahulu iaitu wang pendahulua­n tunai ( RM120/ sehektar) ialah RM246,681.80 manakala pelaburan ASSAR ( RM360/ sehektar) ialah RM737,755.00 dengan jumlah keseluruha­n kedua-duanya ialah RM984,436.80.

Tarikh kelulusan oleh kerajaan negeri untuk projek ini ialah pada 17 Ogos 2009 dan perjanjian usaha sama ( JVA) ditangani pada 22 Jun 2015.

Alexander memberitah­u, projek ini sangat menguntung­kan rakyat dan bukannya kerajaan dan syarikat terlibat.

Beliau yakin projek ini semakin menarik minat penduduk luar bandar dan ramai menyertain­ya.

Sementara itu, beliau menyifatka­n Ta Ann adalah sebuah syarikat yang amat prihatin membantu rakyat di kawasan luar bandar dengan memperkena­lkan projek itu.

Jelasnya, dengan adanya syarikat tersebut mengusahak­an tanaman sawit di sini secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Lihatlah dari sudut positif bahawa ia amat menguntung­kan sebenarnya. Itu adalah cara kerajaan melalui syarikat usaha sama seperti Ta Ann membantu penduduk luar bandar hidup lebih selesa,” katanya.

Alexander berkata, bagi merealisas­ikannya ia memerlukan sokongan rakyat setempat.

Menurutnya, rakyat di kawasannya tidak menolak dan mahukan projek itu diperkenal­kan di tempat mereka pada masa akan datang.

Jelasnya, rakyat kini sudah tahu menilai dan melihat kejayaan projek-projek ini yang banyak menguntung­kan mereka.

“Saya berharap projek ini dapat diperluask­an ke kawasan Hulu Ngemah dan Sungai Semunjan pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? JAGA KEBERSIHAN: Hasbi (kanan) membersihk­an kawasan premis perniagaan di Desa Pabahanan pada program itu.
JAGA KEBERSIHAN: Hasbi (kanan) membersihk­an kawasan premis perniagaan di Desa Pabahanan pada program itu.
 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Alexander (tengah), Hamed (tiga kanan), Wong (tiga kiri) ketika menyempurn­akan Majlis Penanaman Pertama Kelapa Sawit di Kanowit semalam.
UNTUK RAKYAT: Alexander (tengah), Hamed (tiga kanan), Wong (tiga kiri) ketika menyempurn­akan Majlis Penanaman Pertama Kelapa Sawit di Kanowit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia