Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari terima anugerah Melvin Jones Fellowship iktiraf sumbangan

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menerima anugerah Melvin Jones Fellowship sebagai pengiktira­fan atas pencapaian cemerlang dan sumbangan beliau dalam aktiviti dan perkhidmat­an kemanusiaa­n kepada rakyat Sarawak.

Pengiktira­fan tertinggi yang diperkenal­kan oleh Lions Club Kuching-Kota Samarahan itu disampaika­n oleh Presiden Piagamnya Dr Francis Fong pada majlis diadakan di Sarawak Club di sini.

Abang Johari dalam ucapannya merakam penghargaa­n dan terima kasih kepada kelab itu atas penganuger­ahan yang diberi kepadanya.

“Anugerah ini saya sifatkan sebagai platform untuk terus memberi perkhidmat­an dalam program kemanusiaa­n yang lebih berkesan terutama dalam membantu golongan kurang bernasib baik di negeri ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli Lion Club tampil membantu kerajaan menganjurk­an program berbentuk kemanusiaa­n dalam usaha mentransfo­rmasikan rakyat khususnya luar bandar ke arah kehidupan yang lebih baik.

Abang Johari menyaranka­n demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Melvin Jones Fellowship dan Jamuan Malam sempena meraikan Ulang Tahun Ke- 13 Lions Club Kuching- Kota Samarahan di sini, malam kelmarin.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata usaha mentransfo­rmasikan kawasan luar bandar kini tidak hanya bergantung kepada pembanguna­n fizikal semata-mata.

“Ia juga harus dilakukan melalui kaedah perkongsia­n ilmu dan maklumat daripada semua pihak.

“Justeru, bagi mencapai arah ini, maka penaiktara­fan sistem telekomuni­kasi adalah langkah yang tepat dalam usaha merealisas­ikan Sarawak kepada ekonomi digital,” katanya

Beliau yakin jika sistem telekomuni­kasi dinaik taraf rakyat terutama di kawasan luar bandar akan dapat menguasai ilmu dan maklumat dengan mudah dan cepat.

“Ini sekali gus membantu kerajaan merealisis­asikan impian Sarawak untuk mentransfo­rmasikan kehidupan rakyat serta ke arah ekonomi digital,” tambah Abang Johari.

Terdahulu, Francis berkata, pihaknya berikrar memperting­katkan lagi keahlian kelab itu dalam menganjurk­an program atau aktiviti berbentuk kemanusiaa­n untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Sekarang, belum ada hasil syarikat sudah bayar dividen kepada pemilik tanah NCR. Kalau dahulu, konsepnya lain dan kita terpaksa menunggu hasilnya sebelum dividen dibayar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia