Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan PEKEMA terus berbakti

Yayasan PEKEMA Sarawak dekati golongan perlu bantuan

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak berikrar akan terus berusaha mengenal pasti dan mendekati pihak yang memerlukan bantuan di negeri ini.

Presiden PEKEMA Sarawak Tan Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki berkata, bantuan menerusi program tanggungja­wab sosial korporat organisasi itu bukan setakat tertumpu pada individu sahaja tetapi turut memfokus kepada persatuan atau badan kebajikan.

“Meskipun umum tahu keadaan ekonomi yang kurang baik ketika ini, ia langsung tidak menjadi halangan ke- pada kami (Yayasan PEKEMA Sarawak) untuk terus menghulurk­an sumbangan serta bantuan khusus kepada mereka yang memerlukan.

“Ini sahaja cara untuk kami menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan dan besar harapan kami untuk meneruskan aktiviti seumpama ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri penyampaia­n sumbangan berupa sebuah kerusi roda kepada Farnando Hether Jacquarry Mut, 15, di Pejabat Daerah Lundu, dekat sini, kelmarin.

Bagi kes adik Farnando ini, kita berasakan ada keperluan untuk membantu terutama dalam usaha memudahkan pergerakan­nya yang terbatas akibat penyakit Cerebral Palsy yang dialaminya sejak lahir dengan adanya sumbangan kerusi roda ini, kata Abang Khalid.

Sementara itu, bapa Farnando, Jacquarry Mut berkata, dia amat terharu dengan sumbangan disampaika­n itu dan melahirkan penghargaa­n terima kasih kepada Yayasan PEKEMA atas keprihatin­an kepada anaknya.

“Kami akan terus mendoakan Yayasan PEKEMA sepanjang masa dan terima kasih tidak terhingga atas sumbangan kerusi roda ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Lundu Norashikin Brahim.

Meskipun umum tahu keadaan ekonomi yang kurang baik ketika ini, ia langsung tidak menjadi halangan kepada kami ( Yayasan PEKEMA Sarawak) untuk terus menghulurk­an sumbangan serta bantuan khusus kepada mereka yang memerlukan. Tan Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki Presiden PEKEMA Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia