Utusan Borneo (Sarawak)

Dua suspek curi barangan perak berjaya ditangkap

-

LIMBANG: Polis menemui kembali beberapa barangan dilaporkan hilang dengan tertangkap­nya dua lelaki di Kampung Limpasong di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata barangan itu ditemui di sebuah rumah di Kampung Limpasong selepas ditunjuk arah oleh kedua-dua suspek jam 12.05 tengah hari semalam.

Beliau berkata, antara barangan itu termasuk satu unit gelang kaki perak, satu set gelang alu-alu perak (15 unit), tujuh bentuk cincin perak, seutas tali pinggang perak, sepasang pin baju kupu-kupu, tiga butir kancing baju dan seutas rantai manik semuanya dianggarka­n bernilai RM1,000.

“Selepas menerima laporan kehilangan daripada mangsa wanita berusia 60 tahun, polis melancarka­n gerakan mencari suspek sehingga berjaya menangkap dua suspek berusia 30 dan 27 tahun dari Kampung Limpasong, di sini Isnin lalu,” katanya di sini semalam.

Bukhori menjelaska­n, kedua- dua suspek positif dadah jenis Amphetamin­e dan Methampeta­mine hasil saringan awal air kencing dilakukan ke atas mereka kelmarin.

Katanya kedua-dua suspek direman tiga hari bermula kelmarin membantu siasatan kes pecah rumah mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Mangsa membuat laporan polis jam 10.58 pagi Isnin lalu selepas menyedari rumahnya di Kampung Limpasong di sini dimasuki pencuri pada 5 Oktober lalu, jam 4.20 petang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia