Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan CERT amat besar manfaatnya

Ia beri kesedaran kepada masyarakat setempat untuk bertindak awal ketika bencana

- Oleh Kelvin Lambai

BALAI RINGIN: Penubuhan Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin dapat memberi kesedaran kepada masyarakat setempat.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan berkata dengan adanya pasukan itu masyarakat dapat bertindak sebagai responden pertama di tempat kejadian.

“Pasukan ini dilatih dan diberi pengetahua­n bencana serta mengambil inisiatif bertindak memberi bantuan awal di tempat kejadian sementara menunggu pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibaca Residen Bahagian Serian Jonathan Lugoh pada Program Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) DUN Balai Ringin di sini.

Ahli Dewan Undangan Neg-

Pasukan ini dilatih dan diberi pengetahua­n bencana serta mengambil inisiatif bertindak memberi bantuan awal di tempat kejadian sementara menunggu pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan. Datuk Snowdan Lawan Menteri Muda Belia dan Sukan

eri (ADUN) Balai Ringin itu berkata, penubuhan CERT amat besar manfaatnya kepada warga kampung terutama di kawasan jauh dari agensi bantuan.

Menurutnya, CERT sangat wajar dan memberi keyakinan kepada penduduk di kawasan itu bertindak secara sistematik apabila berlaku kejadian kecemasan atau bencana.

“Saya harap mereka diberi tanggungja­wab mempunyai perasaan bertanggun­gjawab dan komitmen terhadap pasukan ini agar boleh memainkan peranan sebagai anggota penyelamat.

“Pasukan CERT memberi nafas baharu kepada badanbadan sukarelawa­n seperti RELA, Rukun Tetangga, Rakan Cops dan sebagainya,” jelas beliau.

Hadir sama Wakil Pengarah Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri Jabatan Ketua Menteri Mohd Firdaus @ Vincent Spencer Abdullah, wakil Pegawai Daerah Serian Gerard George Entigar, wakil Pengurus Petronas Wilayah Sarawak Ekni Raduan, Penghulu Gara @ Rungka Jimbai serta yang lain.

Program itu diselitkan dengan demonstras­i memadam kebakaran, ceramah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan PDRM.

 ??  ?? TERIMALAH: Jonathan (tiga kanan) menyampaik­an sijil penyertaan, jaket keselamata­n dan alat pemadam api kepada salah seorang peserta.
TERIMALAH: Jonathan (tiga kanan) menyampaik­an sijil penyertaan, jaket keselamata­n dan alat pemadam api kepada salah seorang peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia